Ahad, 3 Oktober 2010

Manakah Tempat Selamat Untuk Simpan Emas?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua, harapan saya anda semua berada dalam keadaan sihat, dapat menjalani kehidupan dengan sempurna dan sentiasa mendapat rahmat atas ibadah seharian yang dilakukan, insyaallah....

Rasanya dah lama saya tak menulis artikel untuk bacaan anda semua, insyaallah seboleh-bolehnya saya ingin memberikan info yang terbaik untuk anda semua dalam bidang pelaburan emas ini agar kita sentiasa selamat dan tidak berada dalam keadaan risau dan takut. Ini bukan apa bagi menjawab persoalan beberapa orang yang pernah bertanyakan kepada saya, dimana tempat paling selamat untuk kita simpan emas kita? Jadi untuk menjawab pertanyaan tersebut mari kita baca artikel ini, harapan saya ia dapat membantu anda sedikit sebanyak....ok.


Itu bentuk-bentuk emas yang mungkin kita miliki jika kita membelinya daripada dealer-dealer Public Gold. Ini emas jenis Gold Bar, Gold Coin juga dikenali sebagai Emas Jongkong. Purity emas ini adalah 999.9 atau 24 karat atau juga dipanggil sebagai Emas Kertas.


Atau anda juga mungkin membeli emas untuk simpanan atau pelaburan anda dalam bentuk ini yang dipanggil Dinar Emas. Baik walau apa bentuknya yang kita beli untuk dijadikan simpanan kita pastinya memikirkan akan keselamatan barangan yang kita belikan itu. Terdapat beberapa cara untuk simpan :-

1. Jangan beritahu atau hebohkan pada orang lain yang anda membeli atau menyimpan emas terutama pada mereka yang baru dikenali, kalau boleh orang yang anda kenal juga tidak perlu dihebohkan tentang simpanan emas anda.

2. Simpan dirumah, dengan cara ini memerlukan kreativiti anda sendiri supaya tempat simpanan itu adalah yang tidak disangka ada emas. Kalau ingin contoh call saya je kalau saya tulis nanti semua orang tahu hehehe kan rahsia tempat tu....

3. Peti besi, ianya kalis api juga berat jadi boleh juga dijadikan tempat simpanan. Jika nak dipecahkan juga mengambil masa.

4. Simpan di Safe Deposit Box seperti yang terdapat di beberapa buah bank yang menyediakan perkhidmatan itu dengan kadar caj bulanan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Setiap emas yang disimpan diinsurankan.

Itu adalah antara cara selamat untuk simpanan emas anda, saya pula menggunakan cara yang kelima iaitu menyimpan dibank tetapi saya tidak menyewa Safe Deposit Box, tetapi saya gunakan kaedah Ar-Rahnu iaitu simpan emas dan dapat wang pinjaman dari bank dan gunakan wang tersebut untuk beli lagi emas bila harga agak rendah. Jadi saya ada modal untuk beli lagi emas disampang emas saya selamat dalam simpanan pihak bank, cara ini boleh dilakukan dengan Agrobank kerana buat masa ini Agrobank adalah bank yang terbaik dalam perkhidmatan Ar-Rahnu.

Ok... jadi saya rasa cukup dulu setakat ini, semoga artikel ini memberikan sedikit sebanyak panduan yang selamat untuk emas anda.

telukemas.blogspot.com

1 comments:

Myvitrd on 5 Jun 2012 pada 7:49 PTG berkata...

Risau juga ye.. Dh beli2 emas tak tahu nk simpan dkt mana

Catat Ulasan