Khamis, 14 Oktober 2010

Harga Makin Tinggi - Bila Boleh Beli ???.......

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Tadi masa online kat FB sempat chat dengan rakan sekolej dulu, orang Pantai Timur, lepas berucap salam dan tanya khabar, perkara pertama yang kami bicarakan adalah harga emas tinggi dah sekarang ni ye, saya jawab macam tu lah harga emas sentiasa naik...jadi kalau nak tunggu harga turun dan tanya saya waktu bila harga emas turun, saya pun tak tau nak jawab dan tak berani nak meneka masa bila. Senang cerita kalau nak beli emas untuk pelaburan ni dalam bentuk gold bar ke dinar ke beli je masa anda ada duit. Kalau bertangguh juga nak tunggu harga turun alamatnya duit habis buat benda lain, emas tetap naik harga dan tidak dapat beli juga.

Kalau nak tahu macam mana nak dapat emas dan duit boleh dapat balik untuk buat perkara lain senang. Ha ini caranya berapa anda ada untuk beli emas?, jadi ukur kemampuan anda kalau mampu beli 1 dinar beli je, sebulan 1 dinar kalau setahun dah berapa 12 dinar banyak tu. Bila anda dah beli dinar atau gold bar tu, anda nak guna duit pula, jadi apa nak buat nak jual emas harga buy back belum lepasi harga belian dulu, oleh itu caranya al pajak lah jawabnya.

Bagaimana caranya? Ok begini bawa emas anda ke Ar-Rahnu Agro Bank then jumpa pegawai bahagian Ar-Rahnu dia akan nilaikan emas anda, dia akan timbang berapa berat emas anda dan uji ketulenan emas anda itu. Selepas itu dia akan beri anda kalau kali pertama 60% daripada nilai barangan emas anda (nilai marhum), kalau emas anda dia nilai RM1,000 anda akan dapat RM600 pinjaman. Bank akan hanya kenakan upah simpan barangan emas anda yang RM1,000 itu pada kadar 0.6% x RM1,000 ( Nilai marhum ), so berapa ?? Ha ha sikit je RM 6/ bulan. Kalau pi pajak kat Kedai pajak tak tau lah nak kata sebab saya tak pernah buat kat situ, mengikut orang yang biasa buat dia kata tinggi.... kadang-kadang tak mampu nak ambil balik barang tu.

Ok dah jelas, bank akan hubungi anda apabila cukup 6 bulan, upah simpan 6 bulan berapa RM 6 x 6 bulan = RM36 + RM 600 ( pinjaman asas ) = RM 636, dalam tempoh 6 bulan dibahagikan cuma RM 106 sebulan, anda dapat emas, wang untuk digunakan juga dapat. Kalau tidak dibeli emas sudah pasti duit itu habis juga kan. Itulah cara bijak untuk simpanan dalam tempoh 6 bulan dalam simpanan bank itu harga emas tu naik harga kan kalau tak percaya lepas hari raya baru ni, duit raya anak-anak saya, saya belikan 1 dinar dengan harga RM595.00 ( 17.09.2010 ), hari ini 14.10.2010 harga 1 Dinar RM643.00. Itu tak sampai 1 bulan lagi tu kalau 6 bulan fikirlah sendiri hehehe untungkan.

Seronok kan kalau emas untuk simpanan masa depan dapat kita miliki, duit jika nak digunakan dapat kita miliki. Emas pulak walau ditangan bank naik harga tapi masih hak kita. Pinjaman asas tak naik faedah kan best tu. Jadi itulah keuntungan yang akan anda perolehi kalau simpan emas ni. Syaratnya emas fizikal bukan simpanan dalam buku pelaburan emas.

Ok cukup dulu untuk kali ini lain kali cerita lagi.....

Wassalam...

telukemas.blogspot.com

1 comments:

amir firdaus on 14 Oktober 2010 pada 9:36 PG berkata...

cantekk..! kupasan menarik :)

Catat Ulasan