Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan Bagaimana Menjana Keuntungan Menggunakan Teknik Ar-Rahnu. Artikel ini saya ambil dari jutawanemas.com untuk dikongsi bersama anda agar anda dapat memahami bagaimana cara memanipulasi emas anda dengan perkhidmatan ar-rahnu agar anda dapat membuat keuntungan dengan kaedah ini.
Bagaimana Menjana Keuntungan Menggunakan Teknik Ar-Rahnu.
Ramai orang bertanya kepada saya mengenai cara-cara menjana keuntungan dengan teknik Ar-Rahnu.
Betul ke boleh untung? hehehe… sudah tentu boleh untung. Kalau rugi buat apa saya nak share kat sini betul tak?
Masalah akan berlaku jika orang yang tanya tu:
1. Tak pernah beli emas
2. Tak pernah pergi gadaikan emas di Ar-Rahnu dan beli emas lagi.
3. Tak pernah memerhatikan kenaikan harga emas dalam masa setahun keatas.
Memang confirm tak akan faham. Jadi, kalau anda hendak faham teknik ini maka anda perlu buat sendiri teknik ini. You need to experience it. Bagi pelabur-pelabur emas yang lama memulakan pelaburan emas… memang ini adalah peluang menjana keuntungan lebih terutamanya bila harga emas jatuh.
Sebagai orang berpengalaman (sebab hari-hari tengok harga emas nie ) mereka tahu bila akan berlakunya buying opportunity. Buying opportunity merujuk kepada penurunan harga emas yang banyak menyebabkan kita boleh mengambil peluang menambahkan stok ketika harga emas sedang rendah.
Huraian: Sebagai komoditi, harga emas boleh turun dan naik. Memandangkan trend jangkamasa panjang ialah menaik, jadi setiap penurunan harga membolehkan kita membuat keuntungan dengan membeli lebih banyak stok emas dengan cara menggunakan teknik Ar-Rahnu (gadai emas yang sedia ada di tangan dan beli emas dengan hasil gadaian tersebut)
Anda akan mendapat untung apabila harga emas melantun semula. Sebagai contoh, perhatikan graf dibawah. Kita dapati harga emas boleh jatuh 26.8% dalam masa 2 minggu. Namun selepas itu ia melonjak naik sebanyak 47.6% dalam tempoh 4 bulan.
Ini contoh buying opportunity. Harga emas turun banyak.
p/s: Buying opportunity bukan datang setiap masa. Setahun 2-3 kali ajer.
.
Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu)
Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal dan kemudahan Ar-Rahnu.
Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda.
Gold Bar Public Gold 100 Gram sesuai digunakan sebab spread 5% sahaja.
Bagi mereka yang membuat pelaburan emas dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat.
Terdapat 2 teknik manipulasi pajak gadai Ar-Rahnu.
Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masukkan kedalam akaun GIA/GSPA.
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal.
TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA/GSPA
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan
semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA.
2. Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
p/s: Kelemahan teknik ini ialah anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik. Jika anda hendak untung lebih anda kena buat teknik 2 (diterangkan di bawah)
TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL.
Teknik ini lagi best
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu.
Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya
Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)
2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali
kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal.
Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti
RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)
3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas
naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus
emas di dalam Ar-Rahnu.
Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama.
Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi
boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.
.
Gambar: Ilustrasi teknik pajak dan beli emas fizikal.
.
Disclaimer:
1. Teknik ini adalah panduan semata-mata berdasarkan pengalaman saya.
Setiap orang akan mendapat hasil yang berbeza-beza bergantung kepada
entry point anda, keadaan harga pasaran emas, tempoh masa anda
membuat teknik ini, exit point dan pengalaman anda sendiri.
2. Semakin banyak pengalaman anda, semakin mudah anda membuat
teknik ini. So apa tunggu lagi, beli emas sekarang.
3. Teknik ini adalah petikan daripada ebook saya. Banyak lagi maklumat
tentang pelaburan emas dan cara-cara menjana keuntungan di dalamnya.
Jika anda berminat mempelajari cara-cara membuat pelaburan emas
dan teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas, anda boleh
mendapatkan ebook saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.
Lepas tu praktikkan ilmu tersebut secepat mungkin (klik sini)
4. Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada
blog ini. Ianya FREE
5. Ada komen? kongsikan komen anda di ruangan komen.
6. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan Facebook anda
Klik FB icon syorkan/recommend kat bawah sana. Mereka
akan berterima kasih kepada anda
Sekian sahaja artikel yang dikongsikan daripada jutawanemas.com untuk tatapan dan tambahan ilmu emas anda semua. Bertukarlah cara menyimpan anda daripada wang kepada emas demi mengukuhkan nilai aset peribadi anda...Insyaallah.
Artikel dipetik daripada jutawanemas.com
telukemas.blogspot.com
0 comments:
Catat Ulasan