Rabu, 20 Oktober 2010

Bertindak pantas

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Apa khabar semua, diharap semuanya sihat dan sentiasa dimudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki olehNya.

Hari ini nak cerita mengenai harga emas yang menjunam kelmarin dari USD1,369.60/oz ke USD1,339.40/oz ha banyak tu turunnya , jadi kepada yang nak mula menyimpan ambil peluang ini, ingat peluang datang kadang-kadang je tidak selalu, jadi jangan biar ia terlepas begitu sahaja, di saat dia naik tinggi hingga USD1,380/oz.


Anda boleh nampak kan dalam beberapa hari ini harga menurun sedikit semenjak 15 Okt 2010 setelah ia meningkat hingga ke top price pada 14 Okt 2010, mari kita lihat graf untuk 60 hari yang lalu.....


Graf asyik menaik je dari 20 Ogos 2010 hari tu, jadi bila turun sedikit macam sekarang biasalah itu trend biasa harga emas, sebagai penyimpan masa-masa harga turun begini bagus untuk gunakan kaedah Ar-Rahnu untuk jana keuntungan.

Jadi buatlah keputusan terbaik untuk pelaburan atau simpanan aset anda kerana emas adalah aset terbaik anda. Kerana emas akan sentiasa meningkat harganya. Tanah dan rumah juga merupakan aset terbaik tetapi semestinya perlukan kesesuaian tempat untuk menjadikan ianya lebih bernilai, tetapi emas boleh dimulakan dengan nilai yang kecil mengikut keupayaan modal kita, kemudian boleh ditambah sedikit demi sedikit dan boleh dimanipulasikan disaat memerlukan kewangan.... betul tak kalau nak tahu lagi kenalah pergi dengar seminar emas yang mana tidak akan diperolehi ilmunya daripada tokey-tokey kedai emas yang kaya raya dimana kedai mereka tidak pernah tutup (kecuali hari perayaan/hari tertentu) walaupun tidak ada pelanggan yang datang beli.... tutup kedai tu bankrap lah maksud saya....hebatkan....

Bagi orang yang sudah lama simpan emas ni, harga rendah dia suka sebab boleh tambah jumlah simpanan, bila harga tinggi dia suka sebab kalau tak kerana untung jual pun emas simpanan tu dah tinggi nilainya kan kan kan.... kalau tak simpan tak tau nak cerita kalau dah ada baru tau apa perasaannya...

Ok, cukup rasanya celoteh kali ini, tahniah buat customer yang lock prize last night, Gold Bar 20gm dan 1 Dinar 2 keping, (nama dirahsiakan atas dasar keselamatan ), begitu juga dengan rakan setugas yang dah menambah dan mula menukar cara simpanan mereka dengan emas, masa yang tepat... nanti boleh tambah aset lagi ok...terima kasih kerana berurusan dengan telukemas.

Sekian wassalam.

telukemas.blogspot.com

0 comments:

Catat Ulasan