Jumaat, 31 Disember 2010

Emas Vs Wang Kertas ( Fiat Money)

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Selamat Tahun Baru 2011, apa azam baru untuk tahun ini? Apakah impian dan azam tahun lalu telah anda capai ? Harapan kalau masih ada yang tidak mencapai impian dan azam yang dilakukan hanya sedikit sahaja percentagenya, yang selebihnya telah mencapai apa yang kita hajati.

Oh ya semakin hari semakin bertambah bilangan penggemar pelaburan dalam bentuk emas, kerana rekod telah menunjukkan konsistensi peningkatan harga emas sejak kebelakangan ini dan semakin ramai mereka yang sedar akan kelebihan emas berbanding simpanan dalam bentuk wang kertas.

Contoh Fiat Money

Berapa % setahun diberi kepada anda jika anda menyimpan dalam Fixed Deposit, apa yang saya tahu lebih kurang 4% setahun jadi kalau RM10000 baru RM 400 lah kan, SETAHUN...... jadi kalau simpan dalam saham amanah pula berapa ye, baru-bari ini diumumkan dividen dan bonus ASB 2010 8.75% kan, ASN pula 6.0 % betul tak. Jadi kalau ASB simpan RM10000 boleh la dapat lebih kurang RM875.00, ASN pula RM600.00. Jelaskan, begitulah lebih kurang perolehannya dengan saham-saham tersebut.

Tetapi tahukah anda bagaimana simpanan emas dan perak memberi anda pulangan yang lebih baik dari anda menyimpan Wang Kertas ( cetak/ fiat money ) tersebut. Ok kalau anda membeli emas pada 01.01.2010 lalu berapa harga segram atau dalam bentuk oz berapa harga masa itu. Ayuh kita lihat graf harga emas pada masa itu hingga 01.01.2011 period SETAHUN. jom......

Graf Harga Emas 01.01.2010 hingga 01.01.2011

Dari graf itu boleh nampak jelas kan 01.01.2010 harga emas berada pada USD1100/oz manakala harga pada 01.01.2011 adalah USD1423/oz, jadi ayuh kita buat kiraan berapa peratus kenaikan harga emas setahun 1423 - 1100 = 323 kan betul tak. Ok 323/1100 x 100 = 29.36 % betul tak kiraan saya itu jadi kenaikan harga emas adalah lebih kurang 29 %, wow tinggi tu, mana tempat yang bagi keuntungan sebanyak tu melainkan anda simpan emas, dalam simpanan anda harga meningkat sebegitu rupa, masih tak percaya, masih tak yakin, itu terpulang pada empunya diri, duit itu duit kita kita yang mengolahnya, hendakkan pulangan yang lebih atau yang kurang. Pengetahuan dah ada... bukti dah jelas. Kami tidak membuat janji manis untuk anda, kami hanya jual emas untuk mereka yang berminat, sejarah harga emas yang lalu telah membuktikan.

Bar Bullion Public Gold 20gm

Kalau masih hendak menyimpan dalam bentuk fiat money teruskan, jika hendak menyimpan emas atau perak sila hubungi saya untuk lock harga, pada masa mana harga yang anda suka, selalulah follow harga untuk mengetahui harga semasa emas.

Jika berminat nak buat simpanan dalam bentuk emas hubungi saya di talian 013-4303160 dan jika ada pertanyaan atau kemusykilan anda boleh hubungi talian tersebuat atau e-mailkan ke jrlilrahim@gmail.com. saya sedia membantu anda merealisasikan impian anda.

Terima kasih. Sampai jumpa lagi di tulisan akan datang.

telukemas.blogspot.com/

Jumaat, 24 Disember 2010

Promosi Bakal Berakhir

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Apa khabar pembaca setia blog ni??saya tau anda semua pasti ternanti2 bila la saya nak update blog saya ni kan??sori ek..sebenarnya bulan 12 ni adalah bulan yang paling bz bagi saya..mana taknya banyak kenduri kendara yang saya kena pergi..boleh kata 1 malaysia la..ahhaha..

Kejap kat Kedah, kejap kat Johor, kejap kat Penang kejap kat Perlis..kejap kat KL..tapi memang bes la pergi kenduri kawen banyak2 tempat ni..sebab lain negeri menu dia lain lain..hehehe..ni kira macam persediaan untuk saya jugak la ni…hahaha..

Promosi

Okeh..seperti yang anda semua sedia maklum, promosi yang Public Gold buat akan berakhir..Nak dekat dah..lagi beberapa hari je lagi..promosi ni adalah beli emas yang nilainya RM20k++ dah boleh autometik jadi Dealer public gold..Daripada RM20k++ tu bleh pilih nak beli emas ape..boleh campur2..taknak campur pon takpe..janji cukup RM20k++.

Komisen

Lepas tu, sapa2 yang jadi agen dengan nilai 20k++ bulan ni..akan dapat komisen 1.5% daripada setiap pembelian emas di Public Gold. Maksudnya kita beli emas di Public Gold, tak kisah la untuk customer ke..atau untuk diri sendiri, Public Gold akan bagi komisen 1.5% daripada nilai emas tadi.

Next year

Kepada mereka yang jadi dealer thn ni, mereka akan jadi Priority Dealer pada tahun hadapan..Priority Dealer (PD) ni komisen diorg adalah 1.5% juga..

Next year pon masih ade RM20k untuk jadi agen, tapi kali ni bagi mereka yang nak jadi agen dengan pembelian sebanyak 20k, mereka hanya akan dpt 1% sahaja komisen berbanding 1.5%..dan dinamakan sebagai Dealer..

Jadi, kepada mereka yang berminat nak jadi dealer, apa kata ambil peluang ni untuk jadi dealer thn ni..

ade lagi lebih kurang 7-8 hari saje lagi

Kalau ade ape2 persoalan tentang ni..boleh tanya saya melalui email jrlilrahim@gmail.com atau call je saya di 013-4303160

Kepada dealer2 yang baru saja menjadi dealer telukemas.blogspot.com/ tahniah saya ucapkan!! nanti saya update detail2 anda ok..

Produk Terkini Public Gold

Harini saya cuma nak update produk terbaru Public Gold, iaitu jongkong emas yang beratnya 250 gram..

hurm..berat jugak 250 gram ni..heheh..Nak tau brape harga nya???

Harga setakat harini 23/12/2010 adalah sekitar RM38,600++

Spesifikasi

Metal : Au
Weight (g) : 250
Size (WxL,mm) : 34 x 70
Thickness (mm) : 5
Purity : 999.9


Ok, sekian dulu untuk kali ini, sampai jumpa lagi.... byeeeee

Terima kasih

telukemas.blogspot.com/

Petikan dari inspirasiemas.com/

Khamis, 16 Disember 2010

Dinar Emas Lebih Baik

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Apa khabar semua, harapan saya anda semua sihat disamping menjalani kehidupan harian yang semakin hari semakin mencabar, apa taknya beberapa harga barang telah meningkat naik, antaranya gula, petrol Ron 97, Ron 95, Diesel dan juga gas memasak. Jadi apabila peningkatan terhadap produk asas ini mempengaruhi barangan lain juga. Begitulah biasanya kan kan kan....

Kenapakah terjadi demikian, itulah inflasi, kuasa membeli dengan fiat money semakin kecil disebabkan oleh penyusutan nilai wang tersebut.

Bagaimana cara bijak untuk memastikan nilai ekonomi anda meningkat berbanding biasa sebelum ini, adalah dengan cara menyimpan dalam bentuk emas, samada bar bullion, dinar ( wang emas ) juga boleh dalam bentuk silver dan dirham ( wang perak ).



Jongkong Perak (Silver )


Mari kita baca artikel dalam Harian Metro ( 17.12.2010 ).

Dinar emas lebih baik


KUALA LUMPUR: Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar AS yang semakin merosot.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya berkata, nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding dolar Amerika.

Dinar Emas ( Public Dinar )

“Emas memiliki nilai pertukaran yang lebih baik berbanding nilai tukaran wang kertas.

“Sebelum ini, AS$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan AS$1,400. Ini bermakna dolar AS sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang yang nilainya merosot dengan pantas dan banyak tapi emas tiada susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya,” katanya.

Bar Bullion ( Jongkong Emas ) dan Syiling Emas Ketulenan 99.99%

“Saya akan terus menyarankan penggunaan emas dalam perdagangan antarabangsa dan emas juga adalah mod simpanan terbaik,” katanya kepada selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Kedua (2LIFE) di Kuala Lumpur, kelmarin.

Ok sekian dulu untuk kali ini, jumpa lagi di masa akan datang.

Terima Kasih.

telukemas.blogspot.com/

Khamis, 9 Disember 2010

2011 New Dealer Recruitment Program

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Terdapat berita terkini daripada Public Gold untuk mereka-mereka yang ingin menjadi Dealer dan yang telah bergelar Dealer. Jom kita baca sama-sama

Master Dealers Terms and Conditions

Master Dealer

A. Qualification

1. Accumulate total sales of RM500,000.00 (including own purchase, first purchase by Priority Dealer, and new Dealer) on purchase any of Public Fine Gold International Sdn Bhd’s products which consist of gold bar, gold coin, gold dinar, jewelleries, silver bar and etc according to current prices.2. Priority Dealer required to recruit at least 3 Priority Dealers.3. Sales accumulation period will be calculated twice a year (6 months) which from: 1st January to 30th June 1st July to 31st December4. Priority Dealer will be interviewed by Public Fine Gold International Sdn Bhd’sBoard of Director before qualified to promote as an authorized Master Dealer.5. Priority Dealer has to request in order to become Master Dealer and is subject to approval

B. Requalification Evaluation

1. Evaluation of Personal Sales will be conducted twice a year which from: 1st January to 30th June 1st July to 31st December2. Master Dealer will be degrading in case of without sales within six consecutive months.

C. Web Promo Assessment

1. Group Sales need to achieve RM500,000.00 within the Evaluation Period of 6 months period.2. Evaluation of Group Sales will be conducted twice a year which from: 1st January to 30th June 1st July to 31st December3. Master Dealer needs to maintain the sales target on next Evaluation Date to continuously publish their name in Public Gold website. Names will be taken out from Public Gold website if Master Dealer has failed to maintain the target of total group sales.

D. Commission

1. Commission Division

Direct Commission (from Customer)

Sales – 2% from total sales amount

Indirect Commission (from Dealer)

Sales – 1.0% from total sales amount

Indirect Commission (from Priority Dealer)

Sales – 0.5% from total sales amount

Buy Back: Direct 0.5% from total personal buy back

2. Commission will be paid by Public Fine Gold International Sdn Bhd to Master Dealers on 20th each month into their bank account. Unless 20th fall on Saturday or Sunday, therefore commission will be bank in on Monday (21st or 22nd). Master Dealers will receive the payment within 3 working days after commission has been bank in.3. Master Dealers will receive Monthly Commission Statement within 15 working days after the commission has been bank in.4. All order payments and active bank account number (either Public Bank Berhad or Maybank Berhad) must provided by dealers to Account Department on or before 5th each month, else the commission of the month will be postponed to next month.

E. Miscellaneous

1. Master Dealer is entitled to sell all of Public Fine Gold International Sdn Bhd’sgold products including:

Gold Bar (Au999.9) – 20g, 50g, and 100g

Gold Coin (Au999.9) – 50g

Gold Dinar (Au916) – 1 Dinar, 5 Dinar, and 10 Dinar

Jewellery (Au916)

Silver Bar (Ag999) – 250g, 500g, 1kg

2. Appointment letter will be given to a qualified Master Dealer to prove that he orshe is Public Fine Gold International Sdn Bhd’s authorized Master Dealer.3. Master Dealer is entitled to recruit Priority Dealer and Dealer.4. They are not allowed to sell Public Fine Gold International Sdn Bhd’s products if he or she is no longer Public Fine Gold International Sdn Bhd’s authorized Master Dealer.5. Master Dealer is reminded to always keep the positive image of Public Fine Gold International Sdn Bhd. Public Fine Gold International Sdn Bhd has the right to strip the appointment of Master Dealer, or to claim compensation in terms of law if Master Dealers done any activities or spread any rumors that will influence the company’s reputation.6. Public Fine Gold International Sdn Bhd has the right to modify these DealersTerms and Conditions from time to time according to requirements without prior notice to the dealer.

Priority Dealer Term and Condition

A. Qualification

1. One time purchase of RM100,000.00 on purchase any of Public Fine Gold International Sdn Bhd’s products which consist of gold bar, gold coin, gold dinar, jewelleries, silver bar, and etc according to current prices.2. Accumulate total sales of RM100,000.00 on purchase any of Public Fine Gold International Sdn Bhd’s products which consist of gold bar, gold coin, gold dinar, jewelleries, silver bar and etc according to current prices.3. Dealer required recruiting at least 3 Dealers.4. There was 1 year accumulation period of total sales of RM100,000.00 on purchase any of Public Fine Gold International Sdn Bhd.

B. Requalification Evaluation

1. Evaluation of Personal Sales will be conducted twice a year which from: 1st January to 30th June 1st July to 31st December2. Priority Dealer will be degrading in case of without sales within six consecutive months.

C. Web Promo Assessment

1. Personal Sales need to achieve RM100,000.00 within the Evaluation Period of 3 month period.2. Evaluation of Personal Sales will be conducted four times a year which from: 1st January to 31st March 1st April to 30th June 1st July to 30th September 1st October to 31st December3. Priority Dealer needs to maintain the sales target on next Evaluation Date to continuously publish their name in Public Gold website. Names will be taken out from Public Gold website if Priority Dealer has failed to maintain the target of total sales.

D. Commission

1. Commission Division

Direct Commission (from Customer)

Sales – 1.5% from total sales amount

Indirect Commission (from Dealer)

Sales – 0.5% from total sales amount

Buy Back – 0.5% from total buy back amount

2. Commission will be paid by Public Fine Gold International Sdn Bhd to Priority Dealers on 20th each month into their bank account. Unless 20th fall on Saturday or Sunday, therefore commission will be bank in on Monday (21st or 22nd). Priority Dealers will receive the payment within 3 working days after commission has been bank in.3. Priority Dealers will receive Monthly Commission Statement within 15 working days after the commission has been bank in.4. All order payments and active bank account number (either Public Bank Berhad or Maybank Berhad) must provided by dealers to Account Department on or before 5th each month, else the commission of the month will be postponed to next month.

E. Miscellaneous

1. Priority Dealer is entitled to sell all of Public Fine Gold International Sdn Bhd’sgold products including:

Gold Bar (Au999.9) – 20g, 50g, and 100g

Gold Coin (Au999.9) – 50g

Gold Dinar (Au916) – 1 Dinar, 5 Dinar, and 10 Dinar

Jewellery (Au916)

Silver Bar (Ag999) – 250g, 500g, and 1kg

2. Appointment letter will be given to a qualified Priority Dealer to prove that heor she is Public Fine Gold International Sdn Bhd’s authorized Priority Dealer.3. Priority Dealer is entitled to recruit Dealer.4. They are not allowed to sell Public Fine Gold International Sdn Bhd’s products if he or she is no longer Public Fine Gold International Sdn Bhd’s authorized Priority Dealer.5. Priority Dealer is reminded to always keep the positive image of Public Fine Gold International Sdn Bhd. Public Fine Gold International Sdn Bhd has the right to strip the appointment of Priority Dealer, or to claim compensation in terms of law if Priority Dealers done any activities or spread any rumors that will influence the company’s reputation.6. Public Fine Gold International Sdn Bhd has the right to modify these DealersTerms and Conditions from time to time according to requirements without prior notice to the dealer.

Dealer Term and Condition

A. Qualification

1. One time purchase of RM20,000.00 on purchase any of Public Fine Gold International Sdn Bhd’s products which consist of gold bar, gold coin, gold dinar, jewelleries, silver bar, and etc according to current prices.

B. Requalification Evaluation

1. Evaluation of Personal Sales will be conducted twice a year which from: 1st January to 30th June 1st July to 31st December2. Dealer will be degrading in case of without sales within six consecutive months.

C. Web Promo Assessment

1. Personal Sales need to achieve RM20,000.00 within the Evaluation Period of 3 months period.2. Evaluation of Personal Sales will be conducted four times a year which from: 1st January to 31st March 1st April to 30th June 1st July to 30th September 1st October to 31st December3. Dealer needs to maintain the sales target on next Evaluation Date to continuously publish their name in Public Gold website. Names will be taken out from Public Gold website if Dealer has failed to maintain the target of total sales.

D. Commission

1. Commission Division

Direct Commission (from Customer)

Sales – 1% from total sales amount

Buy Back: Direct 0.5% from total personal buy back

2. Commission will be paid by Public Fine Gold International Sdn Bhd to Dealers on20th each month into their bank account. Unless 20th fall on Saturday or Sunday, therefore commission will be bank in on Monday (21st or 22nd). Dealers will receive the payment within 3 working days after commission has been bank in.3. Dealers will receive Monthly Commission Statement within 15 working days after the commission has been bank in.4. All order payments and active bank account number (either Public Bank Berhad or Maybank Berhad) must provided by dealers to Account Department on or before 5th each month, else the commission of the month will be postponed to next month.

E. Miscellaneous

1. Dealer is entitled to sell all of Public Fine Gold International Sdn Bhd’s goldproducts including:

Gold Bar (Au999.9) – 20g, 50g, and 100g

Gold Coin (Au999.9) – 50g

Gold Dinar (Au916) – 1 Dinar, 5 Dinar, and 10 Dinar

Jewellery (Au916)

Silver Bar (Ag999) – 250g, 500g, and 1kg

2. Appointment Letter will be given to a qualified Dealer to prove that he or she isPublic Fine Gold International Sdn Bhd’s authorized Dealer.3. They are not allowed to sell Public Fine Gold International Sdn Bhd’s product if he or she is no longer Public Fine Gold International Sdn Bhd’s authorized Dealer.4. Dealer is reminded to always keep the positive image of Public Fine GoldInternational Sdn Bhd. Public Fine Gold International Sdn Bhd has the right to strip the appointment of Dealer, or to claim compensation in terms of law if Dealers done any activities or spread any rumors that will influence the company’s reputation.5. Public Fine Gold International Sdn Bhd has the right to modify these Dealers Terms and Conditions from time to time according to requirements without prior notice to the dealer.

Last Updated ( 10 Dec 2010 )


Public Gold Bar Bullion dan Public Dinar

Sekian info terkini untuk anda, kalau berminat untuk jadi Dealer boleh, kalau nak jadi penyimpan emas pun boleh, terpulang kepada kehendak anda. Jika berminat intuk mengetahui atau ada apa-apa kemusykilan boleh call/sms saya di 013-4303160 atau e-melkan ke jrlilrahim@gmail.com. Saya akan membantu anda sebaik mungkin.

Terima kasih.

telukemas.blogspot.com/

Isnin, 6 Disember 2010

Seminar Bulan Disember 2010

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu nak ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1432, semoga semua dah menyimpan azam untuk tahun ini, ada yang bercita-cita nak simpan emas banyak-banyak, ada yang nak kurangkan merokok seterusnya berhenti terus, nak berniaga, nak tambah ahli keluarga, nak buat kerja sampingan untuk tambah pendapatan keluarga dan sebagainya, macam-macamlah azam yang kita dengar, azam tuan apa pula?

Baru-baru ini pula harga petrol Ron 97 dinaikkan 15 sen, diikuti pula oleh petrol Ron 95 dinaikkan 05 sen. Jadi apabila harga petrol dinaikkan secara automatiklah barang lain pun akan naik harga. Benarkan apa yang telah kita lalui sebelum-sebelum ini begitulah rantaiannya bila harga minyak dinaikkan ( petrol, diesel dan gas memasak ) harga barangan lain turut meningkat.

Jadi apakah peranan kita dalam menghadapi situasi ini, harus bijak menangani masalah ekonomi keluarga dengan sebaiknya. Perbelanjaan berhemah perlu dilakukan, perancangan perbelanjaan harus dilaksanakan, simpanan jangka panjang perlu diubah agar dapat memberi nilai tambah kepada aset kita secara tidak langsung untuk kegunaan masa depan. Perlu ada juga tabungan untuk masa depan walaupun sedikit, ini mungkin mendapat bangkangan sesetengah orang kerana ada yang berkata " gaji pun tak cukup macam mana nak simpan", tetapi ini semua perlukan disiplin, kerana kita yang mengatur ekonomi keluarga kita.

Mengikut mentor saya yang mana saya pernah ikuti seminar anjurannya, dalam jumlah total pendapatan kita, kita perlu buat beberapa pembahagian, iaitu ;

1. Tabung Kebebasan Kewangan - 5 - 10 % daripada jumlah pendapatan. Juga dikenali sebagai tabung ibu duit.

2. Tabung simpanan jangka panjang - 10 % jumlah pendapatan

3. Tabung Keperluan - 55 % pendapatan, ini mewakili kesemua perbelanjaan keluarga termasuk belanja harian, instalment kereta, rumah, utiliti, tusyen dll.

4. Tabung Education - 10 % untuk peningkatan ilmu diri sendiri.

5. Tabung Mainan - 10 % untuk reward diri sendiri dan pasangan termasuk anak-anak mesti dihabiskan dalam tahun tersebut - percutian keluarga.

6. Tabung Charity - 5 % sebagai amal jariah.

Jika dilihat di atas tabung 1 dan 2 kita boleh kumpul dan beli emas bar atau dinar ( size mengikut kemampuan tabung tersebut) kerana menyimpan dalam bentuk emas memberi pulangan yang lebih baik dan terjamin untuk masa depan.

Graft menunjukkan peningkatan harga pada 03.12.2010

Kepada mereka yang berminat untuk mempelajari ilmu berkenaan emas dan perak (silver), tuan puan bolehlah menghadiri seminar ditempat yang berdekatan dengan tempat anda, bagi mereka di utara, berikut adalah seminar yang akan diadakan ;

1. Seminar Silver ( Perak )- Bahasa Malaysia, Bertempat di Public Gold Sungai Petani pada 18.12.2010 jam 10.00am - 12.00pm, Speaker Ms Janelle Ang.

2. Seminar Emas - Bertempat di Public Gold Sungai Petani, pada 21.12.2010 jam 8.30 pm - 10.30 pm, Speaker En. Syukor Hashim .

3. Seminar Emas - Bertempat di Public Gold Bishop Street Branch, Penang, pada 22.12.2010 jam 8.30pm - 10.30 pm, Speaker En. Syukor Hashim.

Penulis bersama En Syukor Hashim ( Mahaguru Emas )

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai seminar PERCUMA ini bolehlah sms/call saya di 013-4303160 atau e-melkan ke jrlilrahim@gmail.com, nama dan nombor contact anda untuk tempahan tempat kerana tempat adalah terhad.

Sekian untuk kali ini, jumpa lagi.....

Terima kasih.

telukemas.blogspot.com/

Khamis, 2 Disember 2010

Peringatan.....

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera,

Harapan saya anda semua dalam keadaan sihat ceria disamping keluarga, dan sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan ketenangan dalam menghadapi setiap cabaran dan dugaan dalam kehidupan.

Oh ya ini sekadar peringatan kepada mereka yang baru pertama kali melayari blog saya ini, untuk makluman pihak tuan/puan, blog ini bukanlah mesra Skim Cepat Kaya malah ianya diharamkan sama sekali kepada mereka yang bercita-cita demikian.

Blog ini berkongsi Ilmu Emas untuk tambahan ilmu pengetahuan anda mengenai kaedah simpanan emas yang memberikan keuntungan yang lebih baik, tidak seperti anda menyimpan wang didalam akaun atau untuk pelaburan saham amanah yang mana walaupun ianya terjamin tetapi perolehannya tidak sepertimana yang diharapkan.

Insyaallah jika anda faham mengenai apa itu emas dan bagaimana bentuk emas dan sejarah harga emas, saya percaya pasti anda akan sedaya upaya akan cuba menyimpan dalam bentuk emas untuk masa depan keluarga anda, seperti mana saya yang sebelum ini mencuba pelbagai pelaburan (yang halal dan dijamin oleh BNM sahaja ok ) untuk masa depan keluarga saya. Akhirnya ditunjukkan jalan bagaimana simpanan dalam bentuk emas dan perak yang memberikan kita pulangan yang lebih baik.

Bersama meningkatkan ekonomi ke arah yang lebih baik. Jika anda berminat untuk membeli emas pada harga yang tertera sila call/sms saya di 013-4303160. Jika ada pertanyaan juga boleh berbuat demikian atau e-melkan ke jrlilrahim@gmail.com, saya akan membantu anda sebaik mungkin.

Sekian, terima kasih.

telukemas.blogspot.com/

Selasa, 30 November 2010

Pengalaman Melabur

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan semua, doa saya kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan fizikal dan mental oleh Yang Maha Kaya Lagi Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Semoga apa yang kita perolehi mendapat keberkatan dariNya, Insyaallah....

Kali ini kita nak kongsikan berkaitan pengalaman saya yang rasanya dapat dikongsikan bersama tuan-tuan dan puan-puan semua. Pengalaman mencari sesuatu tempat untuk kita simpan atau laburkan wang kita agar kita memperolehi keuntungan atau penambahan nilai dari apa yang telah kita laburkan. Satu ketika ada orang berkata simpanan atau melabur dalam ASB memberi keuntungan dan terjamin, apa lagi saya pun melaburlah kat situ, sanggup buat potongan gaji kerana nak kan keuntungan lebih bila ada bank yang tawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB. Berapa dividen dan bonus yang diberikan oleh PNB untuk tahun-tahun kebelakangan ini, kalau siapa yang invest pasti tahukan....

Satu ketika saham negeri-negeri popular, semua negeri mengeluarkan saham amanah antaranya Amanah Saham Kedah, Amanah Saham Selangor, Amanah Saham Darul Iman, dan lain-lain lagi. Tapi apa yang berlaku pada saham amanah negeri tersebut, masa mula-mula lancar kita beli RM 1.00 seunit tapi kebelakangan ini berapa nilai saham tersebut seunit, ada yang tinggal puluhan sen sahaja. Senang cerita adakah anda untung atau sebaliknya dengan pelaburan tersebut. Terdapat penyusutan yang amat ketara sekali.

Lepas tu ada pulak mutual fund, keadaan sama juga berlaku bila mula invest ada sedikit kenaikan tetapi selepas itu keadaan menjadi sebaliknya.... siapa yang buat pelaburan kat situ pasti tahu.....


Last-last pada suatu hari saya diperkenalkan oleh seseorang dengan akaun simpanan emas, bila difikirkan memang benar harga emas selalunya naik, jadi saya ambil keputusan untuk membuka akaun simpanan emas Public Bank GIA, setelah sebulan memang ketara kenaikan demi kenaikan berlaku, jadi saya terus menyimpan dalam akaun ini.


Tapi setelah beberapa ketika saya pun selalu follow rekod harga emas dan cari bahan bacaan berkaitan emas, rujuk sejarah harga di kitco.com, jadi nampak jelas bahawa harga emas sememangnya ada turun naiknya tetapi yang menarik adalah kenaikan melebihi penurunan, kalau tak percaya anda boleh rujuk sendiri di http://www.kitco.com/ pasti anda tidak akan ragu-ragu untuk menyimpan emas pula selepas ini.


Jadi bermula dari situlah maka saya menukar cara pelaburan saya daripada fiat money atau wang kertas (cetak) kepada simpanan emas fizikal (emas bar & dinar ). Alhamdulillah usaha yang saya lakukan menampakkan hasil yang positif, tambahan pula sejak akhir-akhir ini banyak artikel di media arus perdana yang menyelitkan berita atau rencana berkenaan kelebihan emas.

Jadi tidak rugi menyimpan emas dan perak sebagai satu cara pelaburan kita untuk masa depan kerana emas dan perak ada kelebihan yang disebutkan oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu.....


ABU BAKAR IBN ABI MARYAM BERKATA BAHAWA BELIAU MENDENGAR RASULULLAH S.A.W BERSABDA : " AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG TINGGAL DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA, MAKA SIMPANLAH DINAR ( WANG EMAS) DAN DIRHAM ( WANG PERAK )"
- Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal


Terkadang kita perlu bertindak secara luar baisa daripada secara biasa-biasa yang telah kita lalui atau alami sejak sekian lama, kerana perubahan yang dilakukan itu akan membawa lebih kebaikan, berhijrah ke arah kejayaan....


Jika anda ingin mengetahui emas ini dengan lebih jelas atau ingin menyimpan emas, hubungi saya A Jalil Bin A Rahim di 013-4303160 atau e-melkan pertanyaan anda ke jrlilrahim@gmail.com. saya sedia membantu anda...... jumpa lagi.


Sekian, terima kasih
.

telukemas.blogspot.com

Selasa, 23 November 2010

Rencana - Kelebihan Emas

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Alhamdulillah dapat kita bertemu lagi, semoga kita semua dimurahkan rezeki, niat kita untuk menyimpan dengan cara yang tidak terlibat dengan riba mendapat keberkatan dariNya.

Kali ini saya nak berkongsi artikel yang dipetik dari Utusan Malaysia Online dalam ruangan rencana, iaitu apa kata orang yang sememangnya terkenal dan merupakan bekas Presiden BSKL ( Bursa Malaysia ), beliau adalah Dato' Salleh Majid.

Mari kita baca dan hayati apa yang beliau katakan.....


Elok melabur dalam bentuk emas

MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.

Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.

Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.

Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.

Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).

Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.

Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.

Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?

Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.

Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.

Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam "bentuk emas" walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.


Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.

Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Artikel dipetik daripada Arkib Utusan Malaysia Online (14/11/2009 ), Sekurang-kurangnya artikel ini dapat memberikan pengetahuan tambahan buat kita semua betapa pelaburan/simpanan dalam bentuk emas ini sesuatu yang baik untuk masa depan.

Sekian untuk kali ini, jika anda ingin menyimpan / membeli emas seperti didalam gambar anda boleh hubungi saya. Saya sedia membantu anda merealisasikan impian dan cita-cita anda.

Terima kasih.

telukemas.blogspot.com

* Gambar yang diletakkan dalam tulisan kali ini hanya sekadar hiasan.

Ahad, 21 November 2010

Harga Emas Akan Melonjak Lagi......

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua, harapan saya anda semua sentiasa dalam keadaan sihat, ceria disamping keluarga tersayang, rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat menjalani ibadah korban, semoga segala amalan yang kita lakukan akan diterima Allah SWT hendaknya...

Maaf saya pohon sekiranya ada kesalahan yang saya lakukan samada dalam penulisan mahupun perbuatan, juga tuturkata. Maaf jua kerana hampir 2 minggu saya tidak menulis artikel untuk tatapan anda..... kerana apa yang hendak saya tuliskan adalah sesuatu yang boleh memberi manfaat untuk tatapan anda pembaca yang saya hormati, bukan sesuatu yang hanya "syok sendiri" tanpa memberi apa-apa faedah untuk anda. Terima kasih kerana setia melayari blog saya.

Kali ini saya nak kongsi berkenaan artikel yang dipetik daripada Bernama.com dimana dalam masa 2 tahun akan datang harga emas mungkin melonjak hingga ke USD2,000/oz. Tidak mustahil perkara ini akan berlaku kerana baru-baru ini harga telah pun memecah rekod baru iaitu > USD1,420/oz.

gelang_emas

Harga Emas Mungkin Naik Kepada AS$2,000 Dalam Masa Dua Tahun Akan Datang, Kata Habib Jewels

CYBERJAYA, 9 Nov (Bernama) -- Harga emas mungkin naik sehingga AS$2,000 seaun pada masa dua tahun akan datang dengan asas yang kukuh, kata Pengarah Urusan Habib Jewels Datuk Meer Sadik Habib.

"Harga tentunya meningkat walaupun dalam jangka pendek, mungkin ada sedikit pelarasan," katanya pada taklimat media di sini Selasa.

Bagaimanapun Meer Sadik berkata bagi tempoh yang lebih lama, harga mungkin naik, antara lain disebabkan oleh kelemahan dolar Amerika.

"Jangka panjang adalah baik memandangkan AS mencetak wang yang banyak dan ini negatif kepada dolar AS, yang merupakan satu daripada alasan harga emas yang lebih tinggi," katanya.

Pada umumnya, Meer Sadik berkata, memandangkan asasnya kekal, permintaan bagi emas masih lebih tinggi berbanding bekalan, dengan itu memberi tekanan menaik terhadap harga.

"Baru-baru ini, kita juga melihat banyak pelabur meninjau untuk membeli emas dan barang kemas.

"Banyak negara menyimpan emas. Negara besar seperti India dan China menyimpan kira-kira US$2 trilion rizab emas," katanya.

Meer Sadik berkata beliau yakin harga, yang kini berlegar pada US$1,400, mungkin naik kepada US$1,750 pada tahun depan dan kepada US$2,000 dalam masa dua tahun akan datang.


-- BERNAMA

Mari kita lihat graf harga emas dalam tempoh 30 hari lalu untuk rujukan kita bersama..


Sekarang ayuh kita lihat pula graf harga emas 6 bulan yang lalu.

Walaupun dimana permulaannya harga emas tetap akan meningkat bukan, kalau anda berminat untuk menyimpan dalam bentuk emas, saya sedia membantu anda, call/sms saya insyaallah saya akan layani anda sebaik mungkin.

Bertemu lagi di lain masa, wassalam.

Terima kasih.

telukemas.blogspot.com.

Rabu, 10 November 2010

Dunia Perlukan Satu Sistem Kewangan Baru

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua, harapan saya anda semua dalam keadaan sihat, dipermudahkan segala urusan aktiviti harian anda, dan sentiasa dimurahkan rezeki dan mendapat hasil yang diberkati Allah SWT.

Hari ini nak berkongi artikel Utusan Malaysia Online berkenaan kelemahan nilai kewangan sekarang dimana ada sesetengah negara hanya mencetak wang mereka tanpa bersandarkan emas. Walaubagaimanapun Ringgit Malaysia dicetak dengan bersandarkan emas untuk kestabilannya. Dolar adalah antara matawang yang dicetak tanpa bersandarkan emas, jadi ini bermaksud ia boleh mencetak berapa saja yang mereka suka......

Dr. M ulas sistem kewangan baru

Dr. Mahathir Mohamad bersama Abdul Rahim Hamid (dua dari kiri) pada Kongres Akauntan Sedunia 2010 di Kuala Lumpur, semalam. - bernama


KUALA LUMPUR 10 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sistem kewangan baru perlu dirangka dan perlu bersandarkan kepada sesuatu yang mempunyai nilai sebenar umpamanya emas.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketiadaan bahan sandaran sama ada dalam bentuk emas, logam berharga atau mata wang asing akan mengurangkan kredibiliti mata wang berkenaan.

"Dolar Amerika Syarikat (AS) misalnya tidak mempunyai sandaran langsung tetapi mata wang negara- negara lain termasuklah Ringgit Malaysia (RM) disandarkan dengan emas atau apa yang dipanggil sebagai mata wang nyata dalam bentuk rizab," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama pada Kongres Akauntan Sedunia 2010 di sini hari ini. Hadir sama, Presiden Institut Akauntan Malaysia, Abdul Rahim Abdul Hamid.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, ketika semua orang tahu penyalahgunaan sistem perbankan telah menyebabkan krisis kewangan sebelum ini tetapi tiada siapa yang berusaha untuk menukar sistem sedia ada.

Katanya, pihak yang gembira dengan sistem sedia ada hanyalah peniaga mata wang yang mampu meraih keuntungan yang tinggi apabila mata wang menjadi tidak stabil.

"Bagaimanapun mereka ini tidak menyumbang apa-apa kepada kesejahteraan hidup orang lain, tiada pekerjaan, tiada barangan atau perkhidmatan dan tiada perniagaan yang menghasilkan sesuatu .

"Hakikatnya mereka berkembang maju di atas kesengsaraan orang lain dan kemuflisan individu, bank atau negara," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menyeru para akauntan supaya memainkan peranan positif dengan memberitahu golongan yang 'kaya' itu supaya menghentikan penyalahgunaan sistem.

Katanya, golongan kaya yang menyebabkan krisis akibat tindak-tanduk mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sekarang adalah miskin kerana mencetak wang tidak akan membuatkan mereka kaya semula.

Jadi kita perlu mencari kaedah bagaimana kita hendak mengekalkan dan menambah nilai aset kewangan kita untuk masa depan keluarga, salah satu caranya ialah dengan menyimpan emas. Jika berminat untuk memulakan simpanan emas hubungi saya untuk pembelian atau jika anda masih memerlukan penerangan, saya sedia membantu anda.

Sekian untuk kali ini, jumpa lagi di coretan akan datang, bye.....

Terima kasih....

telukemas.blogspot.com

Jumaat, 5 November 2010

BERITA BAIK !!!!!

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Tuan-tuan dan puan-puan semua,


PUBLIC GOLD
MENERUSKAN TAWARAN UNTUK MENJADI DEALER DENGAN PEMBELIAN APA JUGA BENTUK PRODUK PUBLIC GOLD BERJUMLAH RM 20,000. HEBATKAN....TAWARAN DILANJUTKAN HINGGA AKHIR TAHUN INI... JANGAN TUNGGU.. SEGERALAH
MENDAFTAR UNTUK MENJADI DEALER DENGAN TAWARAN TERSEBUT, DENGAN EMAS ANDA YANG BERNILAI RM20,000
ANDA JUGA BOLEH BERGELAR TOKEY EMAS....JIKA BERMINAT UNTUK BERBUAT DEMIKIAN CALL/SMS SAYA UNTUK SEBARANG BANTUAN.


Sekian untuk makluman.

Terima kasih,
telukemas,blogspot.com.

Khamis, 4 November 2010

Harga Emas Meningkat Lagi.......

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Apa khabar semua, harapan anda semua sihat sambil bersama-sama suami/isteri tercinta dan anak-anak tersayang, hari ni kan cuti Deepavali, depa raya kita joli hehehe cuti2 Malaysia la katakan.

Adakah anda sudah melihat senarai harga terbaru emas dan dinar dan perak di pasaran hari ini, nampaknya sekali lagi rekod harga tertinggi telah dipecahkan kalau sebelum ini harga tertinggi USD1381/oz tapi pada 04.11.2010 harga telah pun mencecah USD1392.90/0z, hebatkan..... pada mereka yang telah bertindak mereka telah merasai bagaimana kenaikan demi kenaikan berlaku, kepada yang masih teragak-agak untuk memulakan langkah pertama ayuh lakukan segera, saya jamin selepas langkah pertama anda, anda pasti tidak akan berundur lagi, percayalah dan yakinlah bahawa simpanan dalam bentuk emas dan perak akan memberi lebih keuntungan.

Graf 24 Jam dari kitco.com

Graf 30 Hari dari kitco.com

Dari gambarajah graf yang diperolehi dari kitco.com kita dapat melihat bagaimana harga emas meningkat dari semasa ke semasa biarpun terdapat turun naik tetapi kelebihan tetap berpihak kepada kenaikan, itulah kelebihan menyimpan emas.

Sekiranya anda tidak berminat dengan kilauan emas ada satu lagi logam istemewa yang tuhan jadikan untuk manusia, iaitu PERAK atau SILVER, dari graf yang saya selalu monitor ia juga merupakan logam yang kenaikannya mengikuti turun naik harga emas, mari kita lihat graf harga perak pula.

Graf 24 jam harga Perak/Silver

Public Silver

(Last updated 05/11/10 2:35 PM)

We SellWe Buy
250 gram RM 872.00 RM 741.00
500 gram RM 1744.00 RM 1482.00
1 kilogram RM 3488.00 RM 2965.00
Senarai harga Perak terkini

Jadi jika anda berminat untuk membuat simpanan dalam bentuk emas atau perak atau berminat dengan barangan kemas, anda boleh hubungi saya untuk tempahan.

Berubah ke arah simpanan yang bijak untuk masa depan anda dan keluarga anda. Semoga simpanan kita akan menjadi rezeki yang diberkati, Insyaallah....

Sekian, buat anda kali ini, terima kasih.

telukemas.blogspot.com

Isnin, 1 November 2010

' Dolar Seperti Tisu Tandas' - Dr. M

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Hari ini ada artikel menarik yang nak saya kongsikan dengan anda daripada seorang mantan PM yang pernah menyarankan kepada Dunia agar menggunakan Dinar Islam sebagai matawang alternatif bagi jualbeli peringkat antarabangsa.

Ayuh kita baca artikel tersebut sepenuhnya yang dipetik daripada Utusan Online.....

‘Dolar seperti tisu tandas’– Dr. M


TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Bekas Perdana Menteri


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

Sekian artikel untuk dikongsikan dengan anda semua.

Terima kasih.

telukemas.blogspot.com

Kenapa Perlu Simpan Emas....

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Apa khabar tuan2 dan puan2 semua, harapan saya semuanya sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera, diberikan kesenangan dan ketenangan, mendapat rezeki yang melimpah ruah dan yang paling penting semua itu mendapat keberkatan daripada pemberinya iaitu Allah SWT.

Lama juga saya tidak memberikan ilmu tambahan untuk anda semua, insyaallah kali ini kita diberikan kesempatan untuk bersua kembali dengan kelebihan emas yang adakalanya dipersoalkan kenapa ia menjadi pilihan kenapa tidak benda lain, contoh kereta BMW ke, Superbike ke kan yang mana benda tu semua memang mahal gile masa kita nak beli.


Saya dapat rasakan anda sendiri sudah dapat memberikan jawapannya kan iaitu susut nilai. Sesuatu benda yang hendak dijadikan ASET adalah benda yang sentiasa meningkat nilainya, buat masa ini benda apakah yang paling mudah dan pantas untuk kita dapatkan untuk dijadikan aset. Setengah orang berpendapat bangunan seperti rumah kedai, rumah, tanah adalah benda-benda yang boleh dijadikan aset kerana dalam jangka masa tertentu ia akan meningkat nilai. Sememangnya apa yang difikirkan itu benar ianya boleh meningkat nilai tapi fikirkan pula siapa yang mampu membeli rumah kedai, tanah/ladang dan siapa pula yang nak menjualnya kepada anda, dan adakah kawasan yang nak menjual aset itu anda suka. Banyak kerenahnya kan...


Ada satu benda istimewa yang Tuhan jadikan ini semua orang boleh memilikinya dan boleh didapati mengikut kemampuan masing-masing, kalau ada modal yang banyak boleh beli dalam kuantiti yang banyak, kalau modal sikit boleh beli dalam kuantiti yang kecil. kenaikan nilai tetap berlaku, baguskan.. aha itulah kelebihan emas.



Kalau anda ada banyak duit/wang dan simpan dalam bank, sebenarnya wang anda itu makin susut nilainya, tahu kenapa? Kalau nak tahu simpanan dalam bentuk fiat money (wang kertas ), ia akan mengurang, kenapa berkurang? Sebab dirompak atau disedut oleh INFLASI. Tahu apa itu inflasi, ahaaa..... inflasi mengikut kamus dewan bermaksud kemerosotan nilai wang disebabkan oleh kuantitinya yang terlalu banyak didalam pasaran. Tak percaya.....sesiapa yang pernah bersekolah dalam tahun 1980an, berapa sehari ibubapa beri untuk wang saku sekolah. Kalau dihantar, rasanya 50 sen je dah boleh beli makanan dan minuman. Kalau lebih anak orang berada la tu, Ok hari ini sesiapa yang ada anak pula berapa anda beri untuk belanja sekolah sudah tentu antara RM2 - RM5 kan, betul tak?

Kuasa beli dinar emas dan 1400 tahun lalu dan sekarang.

dinar_emas
Dinar emas – mengekalkan kuasa beli sejak 1400 tahun lalu.

Itu baru berapa puluh tahun, nilai wang semakin mengecil, ahaa mari kita lihat pula kenapa emas wajar kita jadikan ASET, kerana nilainya semakin bertambah. Zaman Nabi 1 Dinar boleh beli seekor kambing hari ini dengan 1 Dinar anda juga boleh beli seekor kambing. Itulah kelebihan emas. Walaupun dari zaman Nabi hingga zaman sekarang nilai emas yang beratnya 4.25 untuk 1 Dinar masih sama hingga kini. Emas tidak menyusut kuasa belinya berbanding wang kertas. Jadi kenapa masih menyimpan dalam bentuk yang menyusut sedangkan ada simpanan alternatif ini yang memberikan lebih keuntungan.

kambing_1_dinar

1 Dinar untuk seekor kambing – pilihlah yang mana satu idaman hati

Berubah ke arah keuntungan ekonomi anda dan keluarga, jika berminat untuk menjadikan emas sebagai simpanan saya sedia membantu anda. Insyaallah.... sekian dulu.

Terima kasih.

telukemas.blogspot.com

Sabtu, 23 Oktober 2010

Tips Pelaburan Emas

Assalamualaikum WBT dan slam sejahtera,

Apa khabar semua, semoga dalam keadaan baik dan sentiasa diberkati hendaknya...., tapi kebelakangan ini ada jugak yang resah, gelisah dan ada yang kecewa sikit tengok trend penurunan harga emas di pasaran, hehehe jangan susah hati, bila anda dah ada simpanan emas anda sepatutnya bersyukur kerana anda telah ada aset yang bernilai, trend penurunan sebegitu adalah perkara biasa dalam bidang emas ni.... tambahkan ilmu emas anda dari semasa ke semasa nescaya anda rasa gembira sangat bila trend menurun ini tiba.... hahaha kenapa pulak ye?

Ini adalah kerana semasa trend sebeginilah tokey-tokey emas atau penyimpan-penyimpan emas nak tambah stok mereka, kalau lah menaik saja sampai tinggi-tinggi dan terus meninggi masa mana nak tambah stok ye tak.....



Jika anda baru nak mula menyimpan dalam bentuk emas, jadi disini saya nak bagi tips untuk anda,



1. Beli emas dulu, kemudian tunggu bukan tunggu dulu baru beli sebab harga tak menentu, harap harga turun alih2 harga makin naik, siapa yang rugi...jawab sendiri...

2. Beli emas secara konsisten, iaitu dengan menetapkan berapa bulan sekali untuk belian sesuatu amaun mengikut keupayaan akonomi anda sendirilah.

3. Tambahkan pelaburan setiap kali harga emas jatuh, haaaa inilah masanya kan jadi tidak perlu gusar atau kecewa, inilah masanya nak tambah nilai keuntungan kerana daripada graf2 lalu dah nampakkan trend menaik melebihi trend menurun jadi masa2 menurun beginilah perlu buat tindakan segera....

Jadi jangan risau bila melabur dalam emas ini kerana harga selalunya berpihak kepada kenaikan, apa yang perlu adalah bertindak pada masa uang tepat untuk kelebihan, kerana dalam jangka panjang keuntungan pasti berpihak kepada anda....walaupun dimana permulaan anda....

Jadi jika anda sudah mahu memulakan simpanan anda, hubungi saya, kerana saya sedia membantu anda, jika anda ingin menjual emas anda juga boleh hubungi saya, contact nombor tertera diatas.

Sekian dari saya untuk kali ini, terima kasih.

telukemas.blogspot.com

Rabu, 20 Oktober 2010

Bertindak pantas

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Apa khabar semua, diharap semuanya sihat dan sentiasa dimudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki olehNya.

Hari ini nak cerita mengenai harga emas yang menjunam kelmarin dari USD1,369.60/oz ke USD1,339.40/oz ha banyak tu turunnya , jadi kepada yang nak mula menyimpan ambil peluang ini, ingat peluang datang kadang-kadang je tidak selalu, jadi jangan biar ia terlepas begitu sahaja, di saat dia naik tinggi hingga USD1,380/oz.


Anda boleh nampak kan dalam beberapa hari ini harga menurun sedikit semenjak 15 Okt 2010 setelah ia meningkat hingga ke top price pada 14 Okt 2010, mari kita lihat graf untuk 60 hari yang lalu.....


Graf asyik menaik je dari 20 Ogos 2010 hari tu, jadi bila turun sedikit macam sekarang biasalah itu trend biasa harga emas, sebagai penyimpan masa-masa harga turun begini bagus untuk gunakan kaedah Ar-Rahnu untuk jana keuntungan.

Jadi buatlah keputusan terbaik untuk pelaburan atau simpanan aset anda kerana emas adalah aset terbaik anda. Kerana emas akan sentiasa meningkat harganya. Tanah dan rumah juga merupakan aset terbaik tetapi semestinya perlukan kesesuaian tempat untuk menjadikan ianya lebih bernilai, tetapi emas boleh dimulakan dengan nilai yang kecil mengikut keupayaan modal kita, kemudian boleh ditambah sedikit demi sedikit dan boleh dimanipulasikan disaat memerlukan kewangan.... betul tak kalau nak tahu lagi kenalah pergi dengar seminar emas yang mana tidak akan diperolehi ilmunya daripada tokey-tokey kedai emas yang kaya raya dimana kedai mereka tidak pernah tutup (kecuali hari perayaan/hari tertentu) walaupun tidak ada pelanggan yang datang beli.... tutup kedai tu bankrap lah maksud saya....hebatkan....

Bagi orang yang sudah lama simpan emas ni, harga rendah dia suka sebab boleh tambah jumlah simpanan, bila harga tinggi dia suka sebab kalau tak kerana untung jual pun emas simpanan tu dah tinggi nilainya kan kan kan.... kalau tak simpan tak tau nak cerita kalau dah ada baru tau apa perasaannya...

Ok, cukup rasanya celoteh kali ini, tahniah buat customer yang lock prize last night, Gold Bar 20gm dan 1 Dinar 2 keping, (nama dirahsiakan atas dasar keselamatan ), begitu juga dengan rakan setugas yang dah menambah dan mula menukar cara simpanan mereka dengan emas, masa yang tepat... nanti boleh tambah aset lagi ok...terima kasih kerana berurusan dengan telukemas.

Sekian wassalam.

telukemas.blogspot.com

Ahad, 17 Oktober 2010

Simpanan Dinar Untuk Menunaikan Haji

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Sekarang tiba lagi musim haji, yang merupakan rukun Islam ke-5 bagi setiap umat Islam. Kepada sahabat, saudara-mara dan rakan taulan yang akan menunaikan Ibadah Haji pada tahun ini diucapkan selamat menunaikan ibadah dan doa saya anda semua dikurniakan kesihatan yang sempurna, dapat menjalani setiap rukun dengan sempurna dan memperolehi haji yang mabrur yang menjadi impian setiap insan. Insyaallah suatu hari nanti saya juga akan mengikuti jejak tuan-tuan dan puan-puan dalam menjalani ibadah ini yang mana sememangnya menjadi impian.

Kali ini saya ingin menulis sedikit bagaimana Dinar dapat membantu merealisasikan impian untuk menunaikan haji dengan lebih cepat dan sempurna, nak tahu mari kita lihat, masing-masing kena keluarkan kalkulator untuk mudah kita buat kiraan.

Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dalam Bulan-bulan Haji dengan mengerjakan Rukun-rukunnya seperti Wukuf, Tawaf, Saie dan lain-lain. Ia difardhukan Allah pada Tahun 5 Hijrah keatas setiap orang Islam, lelaki dan wanita yang berakal, baligh dan berkemampuan. Haji adalah salah satu 5 Rukun Islam.

Firman Allah swt bermaksud, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah:196). “Dan untuk Allah, wajib ke atas manusia mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu sampai ke sana. Barangsiapa yang engkar, maka Allah Maha Kaya (tidak memerlukan) dari semesta alam” (Ali Imran:97). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Haji yang Mabrur, tiada balasan baginya selain Syurga”.


“Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!”

Kos untuk menunaikan haji pada tahun 2006 adalah sekitar RM 10,000, ayuh kita kira bagaimana simpan dinar lebih untung.....

Tahun 2002 - 1 Dinar = RM 140.00, perlu 72 Dinar

Tahun 2003 - 1 Dinar = RM 168.00, perlu 60 Dinar

Tahun 2004 - 1 Dinar = RM 202.00, perlu 50 Dinar

Tahun 2005 - 1 Dinar = RM 242.00, perlu 42 Dinar

Tahun 2006 - 1 Dinar = RM 290.00, perlu 34 Dinar

Tahun 2007 - 1 Dinar = RM 348.00, perlu 29 Dinar

Tahun 2008 - 1 Dinar = RM 418.00, perlu 23 Dinar

Tahun 2009 - 1 Dinar = RM 502.00, perlu 20 Dinar

Bagi tahun 2010 pakej untuk mengerjakan haji meningkat kepada lebih kurang RM 13,000 tetapi Kerajaan memberi bantuan sebanyak lebih kurang RM 3060 menjadikan dalam anggaran RM 9940. Jika angka itu kurang tepat saya pohon kemaafan ini sekadar kiraan untuk menampakkan bagaimana dengan Dinar kita lebih cepat cukup nilai untuk ibadah haji, ini kerana nilai pegangan Dinar ditangan yang semakin naik nilainya dari tahun ke tahun.



Jadi kita mulakan mulai sekarang untuk menyimpan Dinar dimana harga sekarang adalah RM 639.00 untuk 1 Dinar jadi berapa target kita untuk cukup kadar pakej tersebut, RM 13,000 (Kadar pakej 2010 ) bahagi RM 639.00 = 21 keping.

Jadi bagaimana dengan tahun hadapan, sudah semestinya jumlah dinar akan berkurangan kerana harga Dinar yang semakin meningkat harganya.Jika berdasarkan trend ini, dan mula meyimpan dalam DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2 Dinar setahun, pada tahun 2015 insyaAllah kita akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar!!

Sekian, sekadar panduan kita bersama. Jika berminat untuk menyimpan Dinar (916 ) atau Gold Bar (999.9) call je saya, saya akan cuba memberikan anda service yang terbaik, terima kasih.

Tingkatkan ekonomi ummah dengan simpanan emas.

telukemas.blogspot.com

Sabtu, 16 Oktober 2010

PERINGATAN !!!!

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Untuk makluman dan peringatan tuan-tuan dan puan-puan, TAWARAN MENJADI DEALER DENGAN RM 20,000 bakal tamat pada 31 Oktober 2010.

Kepada yang berminat untuk menjadi Dealer Public Gold anda boleh mengambil peluang ini. Jika anda inginkan bantuan saya hubungi sahaja bila-bila saja.melalui talian yang tertera di atas iaitu A Jalil Bin A Rahim, Contact No. saya 013-4303160 anda boleh call atau sms ke nombor tersebut atau anda juga boleh emailkan apa jua persoalan ke jrlilrahim@gmail.com apa-apa yang anda ingin tahu. Saya sedia membantu anda.

Kepada yang pernah berurusan dengan saya, saya harap anda berpuas hati dengan layanan yang saya berikan. Matlamat saya adalah untuk memastikan anda menerima yang terbaik. Perkongsian yang memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu anda dan saya.

Sekian terima kasih....

telukemas.blogspot.com

Berubah Atau Ketinggalan....

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Belanjawan tahun 2011 dah diumumkan, rasanya semua berpuas hati, bukan senang nak puaskan hati setiap rakyat Malaysia tetapi hakikat sebenar sebagai seorang rakyat kita sepatutnya berpuas hati dengan menilai setiap benda yang diumumkan sebagai benda yang positif. Kepada kakitangan awam yang mengharapkan bonus, rasanya wajar bersyukur setelah diumumkan :

1. Pemberian bantuan khas penjawat awam termasuk pesara sebanyak RM500.
2. Pemansuhan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK )
3. Elaun Guru KAFA dinaikkan.
4. Cuti bersalin ditambah kepada 90 hari.

Selain itu kadar pinjaman perumahan dinaikkan RM 20,000 kepada kumpulan sokongan 2, had maksimum pinjaman perumahan dinaikkan ke RM 450,000, bantuan pengurusan jenazah dinaikkan ke RM3000.

Lain-lain insentif bagi Pengerusi JKKK, Imam, Tok Batin dan lain-lain semuanya mendapat bahagian masing-masing.

Kalau kita diberi banyak mana pun ganjaran atau diberikan peningkatan pendapatan sebanyak mana pun jika kita tidak beringat untuk membuat tabungan untuk masa depan tiada gunanya, betul tak? Apa yang penting setiap apa yang diperolehi perlulah disyukuri dan cubalah berjimat cermat menghadapi situasi masa depan yang belum diketahui keadaannya.

Belajarlah untuk mengetahui bagaimana tabungan/simpanan dalam bentuk emas beruapaya menjana kelebihan berbanding "fiat money". Agar tabungan yang kita buat mampu memberikan pulangan yang lebih baik, kerana bagi saya EMAS adalah IBU DUIT. Kalau simpan banyak ibu maka banyak anak-anaknya bila membiak nanti.

Saya menulis artikel ini bersandarkan belanjawan kerana walau apa pun pengumuman yang dibuat oleh PM dalam belanjawan perlu diterima secara positif. Setiap orang rakyat Malaysia perlu menerima baik setiap apa yang diberitahu dan bertindak untuk merealisasikan impian dan cita-cita menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi satu hari nanti. Harapan akan menjadi lebih jelas dan cerah jika setiap rakyat bijak memainkan peranan masing-masing.

Sekian...wassalam,

telukemas.blogspot.com.

Khamis, 14 Oktober 2010

Berita Baik Kepada Pelabur Emas......

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini kita nak tengok kelebihan kepada mereka yang telah membuat pelaburan dalam bentuk emas. Harga semakin hari semakin naik, nak tahu kenapa? Beberapa buah negara kuasa besar sudah menyimpan stok emas untuk mengukuhkan ekonomi negara mereka jadi secara tak langsung permintaan untuk emas dunia meningkat. Sememangnya dalam perniagaan apabila permintaan terhadap sesuatu produk melebihi penawaran yang ada, maka secara automatik harga akan meningkatkan, kalau produk lebih pembeli kurang maka harga akan jatuhkan. Begitulah dengan emas ni, sekarang manusia mula sedar kelebihan menyimpan emas berbanding "fiat money" jadi semua minat nak beli emas termasuk bank-bank terkemuka dunia. Bank besar-besar tu bukan nak beli macam kita 20gm, 50gm, 100 gm atau 1kg. Tapi mereka sekali beli maunya satu dua tan hehehehe nama pun bank, "fiat money" mesti banyakkan. Mari lihat keratan akhbar baru-baru ni..

Russia, China seen raising gold reserves-Hellenic Shipping News

Russia, China seen raising gold reserves

Wednesday, 06 October 2010

Central banks in Russia, China and the Philippines are expected to continue to increase gold holdings to balance their reserves, a senior official at the World Gold Council told Reuters.

Central banks have rekindled interest in gold as part of their monetary reserves after the most severe economic crisis since the Great Depression.
“While Asian central banks are continuing to build dollar balances, they will continue to build gold reserves,” George Milling-Stanley, managing director of government affairs at the World Gold Council (WGC) said in an interview during his visit to Seoul.
“They are using dollar incomes to buy more gold … I believe Russia, China and the Philippines continue to increase gold reserves.”
China, with the world’s largest foreign exchange reserves, had just 1.5 percent of its reserves in gold as of September, below 5.7 percent for Russia and 13.5 percent for the Philippines, according to the WGC.
Their gold holdings fall far short of those of advanced countries such as the United States and Germany, which stand at around 70 percent of their reserves.
Milling-Stanley sees gold as a liquid asset, with the global gold trading value estimated at averaging $80 billion-$160 billion per day, bigger than the size of a single European bond market.
The Philippines uses gold as financial assets for a swap with other Asian countries and international settlement.
“They will continue to accumulate gold to make gold live asset,” Milling-Stanley said, in reference to the Southeast Asian country.

Source: Reuters

Source: http://www.hellenicshippingnews.com/index.php?option=com_content&task=view&id=124088&Itemid=46





Jadi dah jelaskan permintaan terhadap emas bertambah dari hari ke hari jadi tak perlu lah nak risau harga akan terus menerus mendakilah nampaknya, kalau nak turun pun sikit-sikit saja tapi utk jangkapanjang pastinya anda akan ada aset yang kukuh untuk keluarga anda. Kepada yang masih ragu-ragu nak menyimpan dalam bentuk ini buanglah keraguan anda. Emas adalah ibu duit, tidak rugi menyimpannya.

Sekian, wassalam...

telukemas.blogspot.com

Harga Makin Tinggi - Bila Boleh Beli ???.......

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Tadi masa online kat FB sempat chat dengan rakan sekolej dulu, orang Pantai Timur, lepas berucap salam dan tanya khabar, perkara pertama yang kami bicarakan adalah harga emas tinggi dah sekarang ni ye, saya jawab macam tu lah harga emas sentiasa naik...jadi kalau nak tunggu harga turun dan tanya saya waktu bila harga emas turun, saya pun tak tau nak jawab dan tak berani nak meneka masa bila. Senang cerita kalau nak beli emas untuk pelaburan ni dalam bentuk gold bar ke dinar ke beli je masa anda ada duit. Kalau bertangguh juga nak tunggu harga turun alamatnya duit habis buat benda lain, emas tetap naik harga dan tidak dapat beli juga.

Kalau nak tahu macam mana nak dapat emas dan duit boleh dapat balik untuk buat perkara lain senang. Ha ini caranya berapa anda ada untuk beli emas?, jadi ukur kemampuan anda kalau mampu beli 1 dinar beli je, sebulan 1 dinar kalau setahun dah berapa 12 dinar banyak tu. Bila anda dah beli dinar atau gold bar tu, anda nak guna duit pula, jadi apa nak buat nak jual emas harga buy back belum lepasi harga belian dulu, oleh itu caranya al pajak lah jawabnya.

Bagaimana caranya? Ok begini bawa emas anda ke Ar-Rahnu Agro Bank then jumpa pegawai bahagian Ar-Rahnu dia akan nilaikan emas anda, dia akan timbang berapa berat emas anda dan uji ketulenan emas anda itu. Selepas itu dia akan beri anda kalau kali pertama 60% daripada nilai barangan emas anda (nilai marhum), kalau emas anda dia nilai RM1,000 anda akan dapat RM600 pinjaman. Bank akan hanya kenakan upah simpan barangan emas anda yang RM1,000 itu pada kadar 0.6% x RM1,000 ( Nilai marhum ), so berapa ?? Ha ha sikit je RM 6/ bulan. Kalau pi pajak kat Kedai pajak tak tau lah nak kata sebab saya tak pernah buat kat situ, mengikut orang yang biasa buat dia kata tinggi.... kadang-kadang tak mampu nak ambil balik barang tu.

Ok dah jelas, bank akan hubungi anda apabila cukup 6 bulan, upah simpan 6 bulan berapa RM 6 x 6 bulan = RM36 + RM 600 ( pinjaman asas ) = RM 636, dalam tempoh 6 bulan dibahagikan cuma RM 106 sebulan, anda dapat emas, wang untuk digunakan juga dapat. Kalau tidak dibeli emas sudah pasti duit itu habis juga kan. Itulah cara bijak untuk simpanan dalam tempoh 6 bulan dalam simpanan bank itu harga emas tu naik harga kan kalau tak percaya lepas hari raya baru ni, duit raya anak-anak saya, saya belikan 1 dinar dengan harga RM595.00 ( 17.09.2010 ), hari ini 14.10.2010 harga 1 Dinar RM643.00. Itu tak sampai 1 bulan lagi tu kalau 6 bulan fikirlah sendiri hehehe untungkan.

Seronok kan kalau emas untuk simpanan masa depan dapat kita miliki, duit jika nak digunakan dapat kita miliki. Emas pulak walau ditangan bank naik harga tapi masih hak kita. Pinjaman asas tak naik faedah kan best tu. Jadi itulah keuntungan yang akan anda perolehi kalau simpan emas ni. Syaratnya emas fizikal bukan simpanan dalam buku pelaburan emas.

Ok cukup dulu untuk kali ini lain kali cerita lagi.....

Wassalam...

telukemas.blogspot.com