Sabtu, 16 Oktober 2010

Berubah Atau Ketinggalan....

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Belanjawan tahun 2011 dah diumumkan, rasanya semua berpuas hati, bukan senang nak puaskan hati setiap rakyat Malaysia tetapi hakikat sebenar sebagai seorang rakyat kita sepatutnya berpuas hati dengan menilai setiap benda yang diumumkan sebagai benda yang positif. Kepada kakitangan awam yang mengharapkan bonus, rasanya wajar bersyukur setelah diumumkan :

1. Pemberian bantuan khas penjawat awam termasuk pesara sebanyak RM500.
2. Pemansuhan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK )
3. Elaun Guru KAFA dinaikkan.
4. Cuti bersalin ditambah kepada 90 hari.

Selain itu kadar pinjaman perumahan dinaikkan RM 20,000 kepada kumpulan sokongan 2, had maksimum pinjaman perumahan dinaikkan ke RM 450,000, bantuan pengurusan jenazah dinaikkan ke RM3000.

Lain-lain insentif bagi Pengerusi JKKK, Imam, Tok Batin dan lain-lain semuanya mendapat bahagian masing-masing.

Kalau kita diberi banyak mana pun ganjaran atau diberikan peningkatan pendapatan sebanyak mana pun jika kita tidak beringat untuk membuat tabungan untuk masa depan tiada gunanya, betul tak? Apa yang penting setiap apa yang diperolehi perlulah disyukuri dan cubalah berjimat cermat menghadapi situasi masa depan yang belum diketahui keadaannya.

Belajarlah untuk mengetahui bagaimana tabungan/simpanan dalam bentuk emas beruapaya menjana kelebihan berbanding "fiat money". Agar tabungan yang kita buat mampu memberikan pulangan yang lebih baik, kerana bagi saya EMAS adalah IBU DUIT. Kalau simpan banyak ibu maka banyak anak-anaknya bila membiak nanti.

Saya menulis artikel ini bersandarkan belanjawan kerana walau apa pun pengumuman yang dibuat oleh PM dalam belanjawan perlu diterima secara positif. Setiap orang rakyat Malaysia perlu menerima baik setiap apa yang diberitahu dan bertindak untuk merealisasikan impian dan cita-cita menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi satu hari nanti. Harapan akan menjadi lebih jelas dan cerah jika setiap rakyat bijak memainkan peranan masing-masing.

Sekian...wassalam,

telukemas.blogspot.com.

0 comments:

Catat Ulasan