Jumaat, 8 Oktober 2010

Kenapa Emas Public Gold atau Public Dinar ???

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan sekelian, dah lama rasanya saya tidak menulis artikel untuk tatapan anda semua. Insyaallah dalam paparan kali ini saya ingin menjawab persoalan yang selalu diterima daripada mereka-mereka yang mula menunjukkan minat dengan cara simpanan atau pelaburan emas tetapi tidak tahu emas jenis yang mana satu perlu dipilih. Soalan yang diterima " Kenapa Emas Public Gold ? Keluaran lain tak bolehkah ?

Jadi sebagai jawapan mudahnya begini, apakah matlamat utama kita semua membuat simpanan atau pelaburan dalam bentuk emas?

1. Simpan emas untung sebab emas naik harga.
2. Kurang risiko kerugian.
3. Lebih untung kalau disimpan lebih lama.
4. Boleh disandarkan ( pajak ) bila terdesak untuk guna wang.


Daripada jawapan yang kita terima itu nampaknya semua simpan atau labur sebab nak untung lagi tinggi lagi bagus. Ok mari kita lihat kelebihan-kelebihan emas Public Gold dan Public Dinar untuk pengetahuan tambahan kita semua.


Public Gold merupakan pengeluar produk Jongkong Emas pertama Malaysia yang mana telah pun menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record sebagai "First Locally Manufactured Certified Gold Bullion Bar "

1. Konsep yang terbaik iaitu menjual emas pelaburan dalam bentuk bullion bar ( jongkong) berketulenan 999.9 ( 24 Karat ), Public Dinar ketulenan 916, dan juga barang kemas Public Jewellery yang tiada kos workmanship .

2. Bagi mereka yang menjadi Dealer/Agen Public Gold setiap belian akan dapat komisen 1.5% manakala bagi setiap jualan emas balik kepada syarikat, ia akan mendapat 0.3 %. Manakala margin antara jual beli antara 5 - 6 % sahaja sememangnya menguntungkan.

3. Stok emas Public Gold yang sentiasa ada kerana Public Gold mempunyai kilangnya sendiri yang terletak di dalam negara. Jadi sekiranya anda ingin membuat tempahan tidak kira bila masanya anda akan mendapat stok anda walau harga sedang tinggi atau ketika harga rendah, sedangkan terdapat emas dari keluaran lain yang anda dapat membeli ketika harga tinggi tetapi ketika harga rendah tiada stok pula.

4. Setiap produk Public Gold terdapat sijil pengesahan yang dikeluarkan oleh Assayer yang bertauliah ( Assayer adalah badan bertauliah yang menguji ketulenan emas sebelum mengeluarkan sijil ) jadi tiada keraguan emas yang anda dapat itu emas palsu.


5. Harga jongkong emas yang ditawarkan juga lebh murah ( sekitar RM5 - RM13/gm ) berbanding yang dijual di kedai emas. Anda boleh buat sendiri pebandingan sebelum membuat keputusan membeli.

6. Spread harga jualan dan belian yang kecil iaitu diantara 5 - 6 % sahaja berbanding jongkong emas lain yang mana jika anda membuka plastik pembalutannya pun sudah dipotong kadarnya.

7. Mempunyai agen di seluruh negara, yang mana anda boleh merujuk dengan agen yang berhampiran anda untuk membuat tempahan. Senarai agen boleh didapati dalam website publicgold.com.my.

8. Public Gold memberi jaminan membeli balik produknya yang ada kesan bengkok, tergores, calar dan kemek asalkan beratnya tidak hilang. Ini penting bagi mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan Ar-Rahnu.

9. Emas Public Gold boleh dipajakkan atau digadaikan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan tunai segera, disyorkan Ar-Rahnu Agrobank.

10. Juga menawarkan peluang untuk menjadi Agen kepada mereka yang berminat untuk berniaga emas di samping melabur.

Sekian untuk kali ini, berjumpa lagi utntuk artikel seterusnya nanti.

Rujukan : jutawanemas.com.

telukemas.blogspot.com

0 comments:

Catat Ulasan