Hari ini bermacam-macam cara simpanan diperkenalkan kepada orang ramai dengan cara simpanan emas, tetapi ada sesetengahnya hanya berdasarkan cara penilaian emas tapi emasnya pun tak nampak rupa, jangankan rupa emas tu tak nampak, pengeluar dan alamat syarikatnya pun kita tak tahu, dan ada pula yang menjanjikan pulangan yang berganda-ganda yang mana kalau dikira dengan emas fizikal pun tak mampu nak jadi kenyataan. Itu adalah taktik dan cara mereka membuat kita percaya dan semakin rakus untuk menambah pelaburan kepada mereka. Apa pun terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing untuk menilai mana yang buruk dan mana yang terbaik.
Kali ini saya nak kongsi artikel berkenaan Pelaburan Emas yang saya bawa dari artikel sahabat Public Gold Sarawak untuk renungan dan pengetahuan tambahan buat kita semua, mana yang baik buat panduan yang buruk jadikan iktibar, semoga cita-cita kita menyimpan untuk masa depan keluarga jadi nyata.....
Pengarah firma ‘lesap’, pejabat gelap-gelita Polis enggan sahkan warga M’sia ditahan kerana kes sedang disiasat
Oleh
Saini Salleh
MISTERI kini menyelubungi ‘kehilangan’ warga Malaysia yang menjalankan pelaburan tukaran asing (forex) di sini dengan modal pelaburan dari negara itu, Encik Fauzi Abdullah.
Terdapat desas-desus pengarah syarikat GECS Limited itu ditahan polis Singapura.
Namun, ketika diminta pengesahan, polis Singapura hanya berkata: ‘Jika ada sekalipun tidak wajar membuat sebarang komen ke atas kes yang sedang disiasat polis.’
Sekitar 1,000 pelabur di Malaysia kini bimbang kerana mereka mungkin menggigit jari setelah melabur lebih RM22 juta ($10 juta) dalam dagangan forex kelolaan syarikat itu.
Berita Harian mendapati pejabat Encik Fauzi yang menggunakan nama syarikat barunya, Metz Global Pte Ltd, di tingkat 16, High Street Centre ditutup sejak lewat bulan lalu.
Beberapa surat berselerakan di bawah pintu utama pejabat gelap-gelita itu.
Berita Harian berkali-kali sejak tiga minggu lalu cuba menghubungi anak kelahiran Kelantan berusia 37 tahun itu serta seorang pegawai eksekutifnya, seorang wanita warga Singapura, tetapi tidak berhasil.
Seorang peguam yang pernah mengendalikan urusan dokumen pelaburan syarikat itu pula berkata beliau ‘tidak lagi ada kena-mengena dan tak tahu-menahu di mana Encik Fauzi berada’.
Polis Singapura, menerusi Bahagian Ehwal Perniagaan (CAD), menjalankan siasatan ekoran aduan empat pelabur GECS dari Malaysia bahawa mereka belum menerima dividen antara 10 hingga 15 peratus sebulan sejak Oktober lalu.
Nasib serupa dikatakan dialami 1,000 pelabur lain di Malaysia. Modal pelaburan mereka juga tersangkut.
Kemelut pelaburan syarikat itu pertama kali dilaporkan Berita Harian pada 17 April lalu.
GECS, yang didaftar di British Virgin Island pada 2008, asalnya menggunakan alamat firma kesetiausahaan di International Plaza, Anson Road, bagi urusan surat- menyurat.
Apabila Encik Fauzi membuka Metz Global di High Street Centre Januari tahun lalu, semua urusan, termasuk urusan keluar masuk wang pelaburan GECS, dijalankan di pejabat itu.
Sebelum ini beliau mendakwa pelaburan yang dipungut ejen-ejen tunggalnya di Kuala Lumpur mencecah lebih RM22 juta ($10 juta) tetapi hanya RM2 juta dikirimkan ke pejabatnya di sini menerusi pemindahan telegraf.
Menurut beliau, masalah yang melanda syarikatnya itu disebabkan manipulasi pihak tertentu, termasuk ejen-ejen pemungut pelaburannya di Kuala Lumpur.
Beliau berjanji akan pulangkan modal pelaburan RM2 juta yang ada dalam rekod syarikatnya secara beransur-ansur mulai bulan lalu. Tetapi, beliau dikatakan belum mengotakan janjinya itu.
Tanya seorang pelabur di Kuala Lumpur: ‘Bagaimana Encik Fauzi mahu pulangkan wang pelabur kalau pejabatnya dah ditutup dan beliau tidak dapat dikesan?’
Pemeriksaan Berita Harian mendapati tiada warga Singapura menyertai pelaburan forex itu.
Source: http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,164226,00.html
Saya sudah pesan banyak kali.. Jika ada skim pelaburan emas yang menawarkan bulanan jangan sekali-kali sertai.. Ini tips daripada saya:
1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia. Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. Anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.
2. Berapa harga emas yang dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi? Compare dengan harga Public Gold.. Senang
3. Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan mengurangkan keuntungan pelabur.
4. Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga. Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur. Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!
5. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI! Ini adalah risiko yang sangat tinggi.
6. Exit cost – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda? Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda. (spread) Skim emas tipu biasanya akan beli emas anda pada harga anda membeli emas tersebut (initial price) tak kiralah berapa ratus % harga emas naik =)
7. Cuba kira kerugian anda dalam ‘worst case senario’ Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen,
minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali. Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal.
8. Ada kontrak tak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja then JANGAN SERTAI. Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat. Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.
9. Nak tahu pelaburan emas yang SAH di Malaysia.. Klik link ini -> Pelaburan Emas Sah di Malaysia
Semoga kita semua mendapat iktibar dari apa yang telah berlaku ke atas mereka, harap jangan perkara tersebut berlaku pula kepada kita....telukemas.blogspot.com
Dipetik dari Public Gold Sarawak
0 comments:
Catat Ulasan