Selasa, 30 November 2010

Pengalaman Melabur

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan semua, doa saya kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan fizikal dan mental oleh Yang Maha Kaya Lagi Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Semoga apa yang kita perolehi mendapat keberkatan dariNya, Insyaallah....

Kali ini kita nak kongsikan berkaitan pengalaman saya yang rasanya dapat dikongsikan bersama tuan-tuan dan puan-puan semua. Pengalaman mencari sesuatu tempat untuk kita simpan atau laburkan wang kita agar kita memperolehi keuntungan atau penambahan nilai dari apa yang telah kita laburkan. Satu ketika ada orang berkata simpanan atau melabur dalam ASB memberi keuntungan dan terjamin, apa lagi saya pun melaburlah kat situ, sanggup buat potongan gaji kerana nak kan keuntungan lebih bila ada bank yang tawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB. Berapa dividen dan bonus yang diberikan oleh PNB untuk tahun-tahun kebelakangan ini, kalau siapa yang invest pasti tahukan....

Satu ketika saham negeri-negeri popular, semua negeri mengeluarkan saham amanah antaranya Amanah Saham Kedah, Amanah Saham Selangor, Amanah Saham Darul Iman, dan lain-lain lagi. Tapi apa yang berlaku pada saham amanah negeri tersebut, masa mula-mula lancar kita beli RM 1.00 seunit tapi kebelakangan ini berapa nilai saham tersebut seunit, ada yang tinggal puluhan sen sahaja. Senang cerita adakah anda untung atau sebaliknya dengan pelaburan tersebut. Terdapat penyusutan yang amat ketara sekali.

Lepas tu ada pulak mutual fund, keadaan sama juga berlaku bila mula invest ada sedikit kenaikan tetapi selepas itu keadaan menjadi sebaliknya.... siapa yang buat pelaburan kat situ pasti tahu.....


Last-last pada suatu hari saya diperkenalkan oleh seseorang dengan akaun simpanan emas, bila difikirkan memang benar harga emas selalunya naik, jadi saya ambil keputusan untuk membuka akaun simpanan emas Public Bank GIA, setelah sebulan memang ketara kenaikan demi kenaikan berlaku, jadi saya terus menyimpan dalam akaun ini.


Tapi setelah beberapa ketika saya pun selalu follow rekod harga emas dan cari bahan bacaan berkaitan emas, rujuk sejarah harga di kitco.com, jadi nampak jelas bahawa harga emas sememangnya ada turun naiknya tetapi yang menarik adalah kenaikan melebihi penurunan, kalau tak percaya anda boleh rujuk sendiri di http://www.kitco.com/ pasti anda tidak akan ragu-ragu untuk menyimpan emas pula selepas ini.


Jadi bermula dari situlah maka saya menukar cara pelaburan saya daripada fiat money atau wang kertas (cetak) kepada simpanan emas fizikal (emas bar & dinar ). Alhamdulillah usaha yang saya lakukan menampakkan hasil yang positif, tambahan pula sejak akhir-akhir ini banyak artikel di media arus perdana yang menyelitkan berita atau rencana berkenaan kelebihan emas.

Jadi tidak rugi menyimpan emas dan perak sebagai satu cara pelaburan kita untuk masa depan kerana emas dan perak ada kelebihan yang disebutkan oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu.....


ABU BAKAR IBN ABI MARYAM BERKATA BAHAWA BELIAU MENDENGAR RASULULLAH S.A.W BERSABDA : " AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG TINGGAL DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA, MAKA SIMPANLAH DINAR ( WANG EMAS) DAN DIRHAM ( WANG PERAK )"
- Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal


Terkadang kita perlu bertindak secara luar baisa daripada secara biasa-biasa yang telah kita lalui atau alami sejak sekian lama, kerana perubahan yang dilakukan itu akan membawa lebih kebaikan, berhijrah ke arah kejayaan....


Jika anda ingin mengetahui emas ini dengan lebih jelas atau ingin menyimpan emas, hubungi saya A Jalil Bin A Rahim di 013-4303160 atau e-melkan pertanyaan anda ke jrlilrahim@gmail.com. saya sedia membantu anda...... jumpa lagi.


Sekian, terima kasih
.

telukemas.blogspot.com

0 comments:

Catat Ulasan