Rabu, 10 November 2010

Dunia Perlukan Satu Sistem Kewangan Baru

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua, harapan saya anda semua dalam keadaan sihat, dipermudahkan segala urusan aktiviti harian anda, dan sentiasa dimurahkan rezeki dan mendapat hasil yang diberkati Allah SWT.

Hari ini nak berkongi artikel Utusan Malaysia Online berkenaan kelemahan nilai kewangan sekarang dimana ada sesetengah negara hanya mencetak wang mereka tanpa bersandarkan emas. Walaubagaimanapun Ringgit Malaysia dicetak dengan bersandarkan emas untuk kestabilannya. Dolar adalah antara matawang yang dicetak tanpa bersandarkan emas, jadi ini bermaksud ia boleh mencetak berapa saja yang mereka suka......

Dr. M ulas sistem kewangan baru

Dr. Mahathir Mohamad bersama Abdul Rahim Hamid (dua dari kiri) pada Kongres Akauntan Sedunia 2010 di Kuala Lumpur, semalam. - bernama


KUALA LUMPUR 10 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sistem kewangan baru perlu dirangka dan perlu bersandarkan kepada sesuatu yang mempunyai nilai sebenar umpamanya emas.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketiadaan bahan sandaran sama ada dalam bentuk emas, logam berharga atau mata wang asing akan mengurangkan kredibiliti mata wang berkenaan.

"Dolar Amerika Syarikat (AS) misalnya tidak mempunyai sandaran langsung tetapi mata wang negara- negara lain termasuklah Ringgit Malaysia (RM) disandarkan dengan emas atau apa yang dipanggil sebagai mata wang nyata dalam bentuk rizab," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama pada Kongres Akauntan Sedunia 2010 di sini hari ini. Hadir sama, Presiden Institut Akauntan Malaysia, Abdul Rahim Abdul Hamid.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, ketika semua orang tahu penyalahgunaan sistem perbankan telah menyebabkan krisis kewangan sebelum ini tetapi tiada siapa yang berusaha untuk menukar sistem sedia ada.

Katanya, pihak yang gembira dengan sistem sedia ada hanyalah peniaga mata wang yang mampu meraih keuntungan yang tinggi apabila mata wang menjadi tidak stabil.

"Bagaimanapun mereka ini tidak menyumbang apa-apa kepada kesejahteraan hidup orang lain, tiada pekerjaan, tiada barangan atau perkhidmatan dan tiada perniagaan yang menghasilkan sesuatu .

"Hakikatnya mereka berkembang maju di atas kesengsaraan orang lain dan kemuflisan individu, bank atau negara," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menyeru para akauntan supaya memainkan peranan positif dengan memberitahu golongan yang 'kaya' itu supaya menghentikan penyalahgunaan sistem.

Katanya, golongan kaya yang menyebabkan krisis akibat tindak-tanduk mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sekarang adalah miskin kerana mencetak wang tidak akan membuatkan mereka kaya semula.

Jadi kita perlu mencari kaedah bagaimana kita hendak mengekalkan dan menambah nilai aset kewangan kita untuk masa depan keluarga, salah satu caranya ialah dengan menyimpan emas. Jika berminat untuk memulakan simpanan emas hubungi saya untuk pembelian atau jika anda masih memerlukan penerangan, saya sedia membantu anda.

Sekian untuk kali ini, jumpa lagi di coretan akan datang, bye.....

Terima kasih....

telukemas.blogspot.com

0 comments:

Catat Ulasan