Apa khabar tuan2 dan puan2 semua, harapan saya semuanya sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera, diberikan kesenangan dan ketenangan, mendapat rezeki yang melimpah ruah dan yang paling penting semua itu mendapat keberkatan daripada pemberinya iaitu Allah SWT.
Lama juga saya tidak memberikan ilmu tambahan untuk anda semua, insyaallah kali ini kita diberikan kesempatan untuk bersua kembali dengan kelebihan emas yang adakalanya dipersoalkan kenapa ia menjadi pilihan kenapa tidak benda lain, contoh kereta BMW ke, Superbike ke kan yang mana benda tu semua memang mahal gile masa kita nak beli.
Saya dapat rasakan anda sendiri sudah dapat memberikan jawapannya kan iaitu susut nilai. Sesuatu benda yang hendak dijadikan ASET adalah benda yang sentiasa meningkat nilainya, buat masa ini benda apakah yang paling mudah dan pantas untuk kita dapatkan untuk dijadikan aset. Setengah orang berpendapat bangunan seperti rumah kedai, rumah, tanah adalah benda-benda yang boleh dijadikan aset kerana dalam jangka masa tertentu ia akan meningkat nilai. Sememangnya apa yang difikirkan itu benar ianya boleh meningkat nilai tapi fikirkan pula siapa yang mampu membeli rumah kedai, tanah/ladang dan siapa pula yang nak menjualnya kepada anda, dan adakah kawasan yang nak menjual aset itu anda suka. Banyak kerenahnya kan...
Ada satu benda istimewa yang Tuhan jadikan ini semua orang boleh memilikinya dan boleh didapati mengikut kemampuan masing-masing, kalau ada modal yang banyak boleh beli dalam kuantiti yang banyak, kalau modal sikit boleh beli dalam kuantiti yang kecil. kenaikan nilai tetap berlaku, baguskan.. aha itulah kelebihan emas.
Kalau anda ada banyak duit/wang dan simpan dalam bank, sebenarnya wang anda itu makin susut nilainya, tahu kenapa? Kalau nak tahu simpanan dalam bentuk fiat money (wang kertas ), ia akan mengurang, kenapa berkurang? Sebab dirompak atau disedut oleh INFLASI. Tahu apa itu inflasi, ahaaa..... inflasi mengikut kamus dewan bermaksud kemerosotan nilai wang disebabkan oleh kuantitinya yang terlalu banyak didalam pasaran. Tak percaya.....sesiapa yang pernah bersekolah dalam tahun 1980an, berapa sehari ibubapa beri untuk wang saku sekolah. Kalau dihantar, rasanya 50 sen je dah boleh beli makanan dan minuman. Kalau lebih anak orang berada la tu, Ok hari ini sesiapa yang ada anak pula berapa anda beri untuk belanja sekolah sudah tentu antara RM2 - RM5 kan, betul tak?
Kuasa beli dinar emas dan 1400 tahun lalu dan sekarang.
Dinar emas – mengekalkan kuasa beli sejak 1400 tahun lalu.
Berubah ke arah keuntungan ekonomi anda dan keluarga, jika berminat untuk menjadikan emas sebagai simpanan saya sedia membantu anda. Insyaallah.... sekian dulu.
Terima kasih.
telukemas.blogspot.com
0 comments:
Catat Ulasan