Bertemu lagi setelah bercuti hari raya, kali ni nak ajak bincang bagaimana duit raya yang anak-anak dapat pada sepanjang tempoh hari raya yang lalu boleh memberikan lebih keuntungan dalam simpanan. Kalau kita simpan duit di rumah boleh, simpan dalam akaun mereka juga boleh tapi kita nak setiap wang/duit raya yang mereka perolehi daripada mereka masih kecil ini boleh dimanfaatkan untuk mereka ketika mereka nak melanjutkan pengajian mereka pada suatu hari nanti kan... itulah matlamat setiap ibubapa kan... buat masa ini ok lagi sebab kita masih di usia yang aktif, nanti bila anak-anak dah menjangkau umur dewasa kita pula semakin tua kan...kan...kan itulah pusingan hidup....
Okay begini, kita boleh kumpulkan semua duit yang anak-anak kita dapat kemudian kita tukar kepada Dinar (sekarang harga dah RM597 untuk 1 dinar). Kalau tak cukup untuk beli kita campurkanlah duit kita sedikit untuk cukupkan, ini pun untuk simpanan kita juga kan...
Kenapa kita lebih galakkan dalam bentuk Dinar, ini kerana simpanan dalam bentuk ini lebih untung. Tahun 2009 kenaikan harga emas adalah 35%, kalau tuan-tuan tak percaya baca artikel yang lalu, atau boleh semak di www.kitco.com untuk menyemak harga pada tahun-tahun sebelum ini. Kalau disimpan dalam buku akaun anak anda, berapa peratus yang akan diberi dalam setahun, saya pasti anda lebih arif jika anda setiap tahun menyimpan duit raya anak anda dalam bentuk itu. Kita pun sedia tahu akan peningkatan harga emas setiap tahunkan, jadi Dinar itu wang emas jadi ia akan meningkat seiring harga emas. Kalau kita letakkan 20% kenaikan setahun dari hari ini, berapa harga 1 Dinar pada AidilFitri 2011 nanti, ahhhhaaaa dah RM716.00 itu kalau 20% kalau lebih, lebih lagilah..... untung tak simpan Dinar/emas..... jawapan di tangan anda.....
Suka saya berkongsi cerita sahabat saya di inspirasiemas.com yang mulakan simpanan emasnya hanya sekadar suka-suka dengan membeli 1 Dinar pada 10.09.2009 yang pada ketika itu harganya RM496.00, Ketika itu beliau juga berfikiran seperti kita menyatakan Dinar itu mahal. Tapi apa yang berlaku selepas setahun adalah Dinar tersebut dah berharga RM597.00 sekarang, berapa peratus kenaikannya hehehe melebihi 20%. RM496.00 + 20 % = RM595.20, untungkan simpan dalam bentuk Dinar.
Ok ini resit emas yang beliau beli pada tahun 2009 (September).
Ok, sekarang mari pula kita lihat harga pada 17.09.2010 jam 7:50 pm. Nampak jelas harga itu, wow melebihi 20% kan.....
Bagi saya dah tentu saya nak simpan Dinar/emas kerana ianya lebih untung dan lebih terjamin, selain itu ianya sememangnya terbaik buat masa ini, kalau dari segi syarak pula ianya diakui tiada riba kerana nilai emas itu ikut harga semasa, peningkatan harga emas dan kebaikan menyimpan emas diakui sendiri oleh Sarjana Ekonomi Dunia.
Kalau anda nak tukarkan duit raya anak anda kepada Dinar, boleh hubungi saya.
Simpanlah Dinar/emas untuk ekonomi keluarga anda,
" To Save Your Family, buy GOLD " " To Help Our Nation, keep GOLD " " To Follow Your Relegion, use GOLD "
Sekian dulu untuk kali ini. Terima Kasih.
Telukemas.blogspot.com.
Sumber : sejarah inspirasiemas.com
0 comments:
Catat Ulasan