Rabu, 8 September 2010

Apa itu Ar-Rahnu

Assalamualaikum WBT,

Apa kabar semua, nampak ceria je hari ni, hehehe esok dah nak raya mesti lah seronok betul tak? Apa pun saya berharap mana yang jauh dapat berkumpul bersama sanak saudara merayakan hari yang mulia, selamat dalam perjalanan dan sentiasa berhati-hati dalam memandu kerana sekarang lebuh raya dah di gelar sungai maut dah, itu yang takut tu, bila takut diorang makin pecut lah ye tak, bukan nak ikut had laju yang telah ditetapkan. Oklah cukup lah mengomel yang bukan -bukan.

Kepada kawan-kawan yang baru mengenali atau melayari blog saya, saya berharap janganlah serik untuk melayarinya lagi, kerana saya akan cuba sedaya upaya memberikan info terbaik kepada anda berkaitan dunia perniagaan emas atau teknik simpanan emas. Bukan apa kita kena sama-sama belajar baru ada perkembangannya.

Kali ini nak cerita sedikit berkaitan teknik pajak gadai di Ar-Rahnu (Pajak Gadai Islam), kalau tuan2 atau puan2 nak tahu sekarang Agrobank (Bank Pertanian ) dah menukar kadar penilaian harga emas iaitu bagi emas 999.9 (24 karat ) mereka letak nilai RM148.50/gm sebelum ini nilainya adalah RM126/gm, wow....banyak beza tu, manakala emas 916 (22 karat ) nilainya adalah RM136.20/gm, sebelum ini cuma RM115/gm je.

Emas Public Gold bar 999.9 ( 24 karat )


Emas Public Dinar 916 ( 22 karat )


Tinggi kan, itulah kelebihan memajak emas anda di Ar-Rahnu berbanding kedai pajak biasa di bandar-bandar. Ar-Rahnu tidak mengenakan faedah atau bunga keatas pinjaman yang diberikan sebaliknya hanya upah simpanan emas saja yang dikira berdasarkan kepada nilai marhum emas. Lain kali kalau anda terdesak nak guna wang atau nak pajak emas anda untuk buat modal, cubalah memajak di Ar-Rahnu, anda akan merasai sendiri perbezaannya ( bagi yang biasa guna khidmat pajak gadai ).



Cuba anda bayangkan dengan membeli sekeping EMAS bar 20gm Public Gold (999.9) yang nilainya sekarang adalah RM2880 (mengikut harga semasa sewaktu anda lock ) daripada Dealer Public Gold berhampiran anda, Emas bar tersebut bila dinilai oleh Ar-Rahnu Agrobank bernilai RM148,50/gm X 20gm, jadi berapa nilai emas anda..... RM 2970 ( Nilai Marhum) , itu nilai yang dipegang oleh Ar-Rahnu, tinggikan nilai emas anda. Agrobank ni bila nak simpan emas anda tu, untuk diberikan pinjaman dia akan buat ujian ketulenan emas tu dulu, bukan memberi tanpa ujian, ini bukan apa, sekadar menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh sesetengah pembaca yang tidak mempercayai ketulenan emas PG.

Pihak saya nak menyalahkan pelanggan pun tidak boleh juga kerana kebelakangan ini muncul pelbagai skim yang menggunakan emas sebagai trade mark biz mereka kononnya untuk memberikan keuntungan yang tinggi kepada pelanggan mereka, jadi daripada aktiviti yang tidak jujur itulah maka mereka yang kurang arif tentang pelaburan/simpanan dalam bentuk emas ini begitu risau akan ketulenan emas yang dijual.

Disini saya sekali lagi ingin memberitahu anda bahawa emas itu benar-benar tulen mengikut purity yang telah ditetapkan iaitu 999.9 bagi emas bar bullion dan 916 bagi Public Dinar, untuk menjadi dealer saya perlu membeli emas mengikut harga semasa pada masa tersebut pada kuantiti yang melayakkan saya menjadi dealer, jadi jika emas itu tidak tulen siapa yang rugi dulu, dah tentu sayalah.....

Semasa saya nak jadi Dealer dulu saya ambil peluang yang ditawarkan oleh pihak PG iaitu dengan pembelian produk PG bernilai RM20K layak menjadi Dealer. Lepas beli emas itu saya letakkan di Pajak Gadai Ar-Rahnu Agrobank (ARAB) dan dapatlah 60% daripada nilai yang ditetapkan oleh ARAB, dapatlah rolling beli lagi emas untuk tambah aset peribadi, itu first time buat, pinjaman diberi 60%, seterusnya akan diberi maksimum 70%, dan ARAB akan mengenakan caj upah simpan keatas emas anda mengikut Nilai Marhum emas anda. Cajnya adalah antara 0.6% - 0.75% mengikut peratus pinjaman yang diberikan. Berbaloikan.

Cukup dulu serba ringkas berkenaan Ar-rahnu, nanti di masa akan datang akan saya ceritakan lebih detail tentang Ar-Rahnu, ok sekian dulu....Simpanlah Emas Untuk Pelaburan Masa Depan Anda.....

Telukemas.blogspot.com

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Emas arab ar rahnu ambik x ?

Catat Ulasan