Apa khabar agaknya, diharap semua dalam keadaan sihat dan ceria hendaknya, masih dalam mood raya, pada yang dah mula bertugas diucapkan selamat bertugas dan kepada yang masih bercuti selamat bercuti. Teruskanlah kunjung-mengunjungi sanak saudara bagi mengeratkan silaturrahim, yang jauh kita dekatkan yang dekat kita erat-eratkan dan yang erat kita mesra-mesrakan.
Hari ini nak bercerita tentang harga emas yang kembali meningkat, itulah kelebihan menyimpan dalam bentuk emas, turunnya sedikit dan sekejap sahaja, tapi meningkat hingga memncecah harga yang tidak dijangka, itulah sesetengah otai dalam perniagaan atau pelaburan emas kata kalau nak beli dan simpan emas beli je semasa ada duit kerana bila kita tidak tahu bila harga turun lagi tunggu harga makin naik, dan terus naik, jadi nasihatnya beli sahaja bila ada duit kemudian simpan, kerana dalam jangka panjang insyaallah akan ada keuntungan lihatlah graf mengenai emas pada tahun-tahun sebelumnya dalam http://www.kitco.com/, anda akan nampak sendiri bagaimana harga emas meningkat dalam jangka panjang.
Saya sebenarnya suka berkongsi dengan anda, bagaimana emas dapat memberikan pulangan yang baik kepada anda berbanding flat money, kerana sifat atau harga emas yang sentiasa meningkat harganya dalam jangka masa panjang berbanding flat money yang semakin susut nilainya disebabkan oleh inflasi. Anda boleh imagine sendiri bagaimana harga emas yang dulunya berharga RM38/gm (Tahun 2000), meningkat kepada RM54/gm ( 2005) dan kini Sept 2010 harganya sudah mencecah RM144/gm pada hari ini (15/09/2010), anda boleh lihat sendiri di jadual harga di sebelah kiri blog saya ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyimpan emas, Public Gold ada menjual
Produk jongkong emas berketulenan 999.9 ( Bar Bullion )
dan juga dalam bentuk Public Dinar iaitu emas berketulenan 916
Selain itu pihak Public Gold juga menjual produk Jewellery, anda boleh layari http://publicjewellery.com.my untuk melihat produk dan membuat tempahan/order jika anda berminat.
Pihak kami menjual secara terus setiap produk Public Gold kepada anda seperti mana yang anda inginkan dah setiap produk yang anda beli anda sendiri yang simpan dan uruskannya. Pihak kami tidak memegang nilai bagi pihak anda, anda dapat apa yang anda beli dengan nilai pada masa tersebut. Contoh jika anda berminat dengan bar seberat 20gm harga semasa pada masa ini adalah RM2883. Anda akan dapat emas tersebut setelah anda bayar RM yang tersebut tadi, jelaskan. Beli emas dapat emas.
Jika anda masih keliru dengan penerangan saya dan inginkan penerangan tambahan atau ada pertanyaan saya sedia membantu anda. Sila hubungi nombor yang tertera di atas.
Sekian dulu untuk kali ini, terima kasih.
Telukemas.blogspot.com/
0 comments:
Catat Ulasan