Isnin, 6 Disember 2010

Seminar Bulan Disember 2010

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu nak ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1432, semoga semua dah menyimpan azam untuk tahun ini, ada yang bercita-cita nak simpan emas banyak-banyak, ada yang nak kurangkan merokok seterusnya berhenti terus, nak berniaga, nak tambah ahli keluarga, nak buat kerja sampingan untuk tambah pendapatan keluarga dan sebagainya, macam-macamlah azam yang kita dengar, azam tuan apa pula?

Baru-baru ini pula harga petrol Ron 97 dinaikkan 15 sen, diikuti pula oleh petrol Ron 95 dinaikkan 05 sen. Jadi apabila harga petrol dinaikkan secara automatiklah barang lain pun akan naik harga. Benarkan apa yang telah kita lalui sebelum-sebelum ini begitulah rantaiannya bila harga minyak dinaikkan ( petrol, diesel dan gas memasak ) harga barangan lain turut meningkat.

Jadi apakah peranan kita dalam menghadapi situasi ini, harus bijak menangani masalah ekonomi keluarga dengan sebaiknya. Perbelanjaan berhemah perlu dilakukan, perancangan perbelanjaan harus dilaksanakan, simpanan jangka panjang perlu diubah agar dapat memberi nilai tambah kepada aset kita secara tidak langsung untuk kegunaan masa depan. Perlu ada juga tabungan untuk masa depan walaupun sedikit, ini mungkin mendapat bangkangan sesetengah orang kerana ada yang berkata " gaji pun tak cukup macam mana nak simpan", tetapi ini semua perlukan disiplin, kerana kita yang mengatur ekonomi keluarga kita.

Mengikut mentor saya yang mana saya pernah ikuti seminar anjurannya, dalam jumlah total pendapatan kita, kita perlu buat beberapa pembahagian, iaitu ;

1. Tabung Kebebasan Kewangan - 5 - 10 % daripada jumlah pendapatan. Juga dikenali sebagai tabung ibu duit.

2. Tabung simpanan jangka panjang - 10 % jumlah pendapatan

3. Tabung Keperluan - 55 % pendapatan, ini mewakili kesemua perbelanjaan keluarga termasuk belanja harian, instalment kereta, rumah, utiliti, tusyen dll.

4. Tabung Education - 10 % untuk peningkatan ilmu diri sendiri.

5. Tabung Mainan - 10 % untuk reward diri sendiri dan pasangan termasuk anak-anak mesti dihabiskan dalam tahun tersebut - percutian keluarga.

6. Tabung Charity - 5 % sebagai amal jariah.

Jika dilihat di atas tabung 1 dan 2 kita boleh kumpul dan beli emas bar atau dinar ( size mengikut kemampuan tabung tersebut) kerana menyimpan dalam bentuk emas memberi pulangan yang lebih baik dan terjamin untuk masa depan.

Graft menunjukkan peningkatan harga pada 03.12.2010

Kepada mereka yang berminat untuk mempelajari ilmu berkenaan emas dan perak (silver), tuan puan bolehlah menghadiri seminar ditempat yang berdekatan dengan tempat anda, bagi mereka di utara, berikut adalah seminar yang akan diadakan ;

1. Seminar Silver ( Perak )- Bahasa Malaysia, Bertempat di Public Gold Sungai Petani pada 18.12.2010 jam 10.00am - 12.00pm, Speaker Ms Janelle Ang.

2. Seminar Emas - Bertempat di Public Gold Sungai Petani, pada 21.12.2010 jam 8.30 pm - 10.30 pm, Speaker En. Syukor Hashim .

3. Seminar Emas - Bertempat di Public Gold Bishop Street Branch, Penang, pada 22.12.2010 jam 8.30pm - 10.30 pm, Speaker En. Syukor Hashim.

Penulis bersama En Syukor Hashim ( Mahaguru Emas )

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai seminar PERCUMA ini bolehlah sms/call saya di 013-4303160 atau e-melkan ke jrlilrahim@gmail.com, nama dan nombor contact anda untuk tempahan tempat kerana tempat adalah terhad.

Sekian untuk kali ini, jumpa lagi.....

Terima kasih.

telukemas.blogspot.com/

0 comments:

Catat Ulasan