Khamis, 16 Disember 2010

Dinar Emas Lebih Baik

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Apa khabar semua, harapan saya anda semua sihat disamping menjalani kehidupan harian yang semakin hari semakin mencabar, apa taknya beberapa harga barang telah meningkat naik, antaranya gula, petrol Ron 97, Ron 95, Diesel dan juga gas memasak. Jadi apabila peningkatan terhadap produk asas ini mempengaruhi barangan lain juga. Begitulah biasanya kan kan kan....

Kenapakah terjadi demikian, itulah inflasi, kuasa membeli dengan fiat money semakin kecil disebabkan oleh penyusutan nilai wang tersebut.

Bagaimana cara bijak untuk memastikan nilai ekonomi anda meningkat berbanding biasa sebelum ini, adalah dengan cara menyimpan dalam bentuk emas, samada bar bullion, dinar ( wang emas ) juga boleh dalam bentuk silver dan dirham ( wang perak ).



Jongkong Perak (Silver )


Mari kita baca artikel dalam Harian Metro ( 17.12.2010 ).

Dinar emas lebih baik


KUALA LUMPUR: Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar AS yang semakin merosot.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya berkata, nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding dolar Amerika.

Dinar Emas ( Public Dinar )

“Emas memiliki nilai pertukaran yang lebih baik berbanding nilai tukaran wang kertas.

“Sebelum ini, AS$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan AS$1,400. Ini bermakna dolar AS sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang yang nilainya merosot dengan pantas dan banyak tapi emas tiada susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya,” katanya.

Bar Bullion ( Jongkong Emas ) dan Syiling Emas Ketulenan 99.99%

“Saya akan terus menyarankan penggunaan emas dalam perdagangan antarabangsa dan emas juga adalah mod simpanan terbaik,” katanya kepada selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Kedua (2LIFE) di Kuala Lumpur, kelmarin.

Ok sekian dulu untuk kali ini, jumpa lagi di masa akan datang.

Terima Kasih.

telukemas.blogspot.com/

0 comments:

Catat Ulasan