Ahad, 21 November 2010

Harga Emas Akan Melonjak Lagi......

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua, harapan saya anda semua sentiasa dalam keadaan sihat, ceria disamping keluarga tersayang, rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat menjalani ibadah korban, semoga segala amalan yang kita lakukan akan diterima Allah SWT hendaknya...

Maaf saya pohon sekiranya ada kesalahan yang saya lakukan samada dalam penulisan mahupun perbuatan, juga tuturkata. Maaf jua kerana hampir 2 minggu saya tidak menulis artikel untuk tatapan anda..... kerana apa yang hendak saya tuliskan adalah sesuatu yang boleh memberi manfaat untuk tatapan anda pembaca yang saya hormati, bukan sesuatu yang hanya "syok sendiri" tanpa memberi apa-apa faedah untuk anda. Terima kasih kerana setia melayari blog saya.

Kali ini saya nak kongsi berkenaan artikel yang dipetik daripada Bernama.com dimana dalam masa 2 tahun akan datang harga emas mungkin melonjak hingga ke USD2,000/oz. Tidak mustahil perkara ini akan berlaku kerana baru-baru ini harga telah pun memecah rekod baru iaitu > USD1,420/oz.

gelang_emas

Harga Emas Mungkin Naik Kepada AS$2,000 Dalam Masa Dua Tahun Akan Datang, Kata Habib Jewels

CYBERJAYA, 9 Nov (Bernama) -- Harga emas mungkin naik sehingga AS$2,000 seaun pada masa dua tahun akan datang dengan asas yang kukuh, kata Pengarah Urusan Habib Jewels Datuk Meer Sadik Habib.

"Harga tentunya meningkat walaupun dalam jangka pendek, mungkin ada sedikit pelarasan," katanya pada taklimat media di sini Selasa.

Bagaimanapun Meer Sadik berkata bagi tempoh yang lebih lama, harga mungkin naik, antara lain disebabkan oleh kelemahan dolar Amerika.

"Jangka panjang adalah baik memandangkan AS mencetak wang yang banyak dan ini negatif kepada dolar AS, yang merupakan satu daripada alasan harga emas yang lebih tinggi," katanya.

Pada umumnya, Meer Sadik berkata, memandangkan asasnya kekal, permintaan bagi emas masih lebih tinggi berbanding bekalan, dengan itu memberi tekanan menaik terhadap harga.

"Baru-baru ini, kita juga melihat banyak pelabur meninjau untuk membeli emas dan barang kemas.

"Banyak negara menyimpan emas. Negara besar seperti India dan China menyimpan kira-kira US$2 trilion rizab emas," katanya.

Meer Sadik berkata beliau yakin harga, yang kini berlegar pada US$1,400, mungkin naik kepada US$1,750 pada tahun depan dan kepada US$2,000 dalam masa dua tahun akan datang.


-- BERNAMA

Mari kita lihat graf harga emas dalam tempoh 30 hari lalu untuk rujukan kita bersama..


Sekarang ayuh kita lihat pula graf harga emas 6 bulan yang lalu.

Walaupun dimana permulaannya harga emas tetap akan meningkat bukan, kalau anda berminat untuk menyimpan dalam bentuk emas, saya sedia membantu anda, call/sms saya insyaallah saya akan layani anda sebaik mungkin.

Bertemu lagi di lain masa, wassalam.

Terima kasih.

telukemas.blogspot.com.

0 comments:

Catat Ulasan