Memaparkan catatan dengan label 1.Pengenalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1.Pengenalan. Papar semua catatan

Khamis, 2 Disember 2010

Peringatan.....

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera,

Harapan saya anda semua dalam keadaan sihat ceria disamping keluarga, dan sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan ketenangan dalam menghadapi setiap cabaran dan dugaan dalam kehidupan.

Oh ya ini sekadar peringatan kepada mereka yang baru pertama kali melayari blog saya ini, untuk makluman pihak tuan/puan, blog ini bukanlah mesra Skim Cepat Kaya malah ianya diharamkan sama sekali kepada mereka yang bercita-cita demikian.

Blog ini berkongsi Ilmu Emas untuk tambahan ilmu pengetahuan anda mengenai kaedah simpanan emas yang memberikan keuntungan yang lebih baik, tidak seperti anda menyimpan wang didalam akaun atau untuk pelaburan saham amanah yang mana walaupun ianya terjamin tetapi perolehannya tidak sepertimana yang diharapkan.

Insyaallah jika anda faham mengenai apa itu emas dan bagaimana bentuk emas dan sejarah harga emas, saya percaya pasti anda akan sedaya upaya akan cuba menyimpan dalam bentuk emas untuk masa depan keluarga anda, seperti mana saya yang sebelum ini mencuba pelbagai pelaburan (yang halal dan dijamin oleh BNM sahaja ok ) untuk masa depan keluarga saya. Akhirnya ditunjukkan jalan bagaimana simpanan dalam bentuk emas dan perak yang memberikan kita pulangan yang lebih baik.

Bersama meningkatkan ekonomi ke arah yang lebih baik. Jika anda berminat untuk membeli emas pada harga yang tertera sila call/sms saya di 013-4303160. Jika ada pertanyaan juga boleh berbuat demikian atau e-melkan ke jrlilrahim@gmail.com, saya akan membantu anda sebaik mungkin.

Sekian, terima kasih.

telukemas.blogspot.com/

Jumaat, 27 Ogos 2010

Pengenalan kepada Dinar Emas

Salam sejahtera semua..penulisan blog kali ini adalah untuk menerangkan kepada semua, kenapa perlunya matawang bersandarkan kepada Emas.

Dinar Emas merupakan sejenis matawang logam yang berbentuk kepingan syiling. Di mana Saidina Umar al-Khattab telah menggariskan satu standard iaitu dinar emas diperbuat daripada emas tulen 22 karat atau emas jenis 916. Berat dinar juga telah ditetapkan, 4.25gram iaitu berat 7 dinar emas mestilah bersamaan berat dengan 10 dirham.

Sejak dahulu lagi jual beli adalah bersandarkan kepada emas sehinggalah pada tahun 1971 dimana Presiden Nixon (Presiden Amerika Syarikat) telah memutuskan hubungan emas dengan wang kertas. Maksud saya disini, wang kertas yang kita gunakan sekarang tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sistem kewangan dunia mulalah terumbang ambing dan sentiasa diselubungi pelbagai masalah dan kesulitan apabila mengamalkan sistem mata wang yang dikatakan ‘terapung’ pada tahun 1973. Sistem kewangan seperti inilah yang menyebabkan banyak negara-negara yang mempunyai ekonomi yang kecil semakin tertindas.

Masih ingat lagi x anda semua terhadap apa yang pernah berlaku di negara-negara Asia sekitar tahun 1997?
Saya yakin, pasti ramai diantara anda yang masih teringat akan kejadian di mana negara-negara asia ketika itu dilanda krisis kewangan yang teruk. Krisis ini berlaku sekitar bulan Mei 1997 disebabkan penyelewengan dalam sistem kewangan antarabangsa lebih lebih lagi berkaitan perdagangan mata wang.

Anda kenal George Soros?Seorang spekulator mata wang antarabangsa. Beliau bersama-sama spekulator dari dalam dan luar negara telah memperniaga dan memanipulasi Ringgit Malaysia hingga berlakunya susut nilai sebanyak 65 peratus di mana pada masa yang sama juga matawang Rupiah Indonesia telah mengalami susut nilai sebanyak 620 peratus. Kesan serangan ini menyebabkan negara-negara ASEAN mengalami susut nilai matawang dan ekonomi yang sangat teruk. Thailand misalnya, mengalami kerugian sbanyak USD20billion, peso Filipina USD2 billion, dan Malaysia RM9billion. Kenapa semua ini berlaku? Krisis ini jelas hanyalah mainan spekulator semata-mata di mana matawang negara tertentu boleh dijual beli dengan sewenang-wenangnya tanpa sekatan. Kerana apa?kerana WANG KERTAS TIDAK BERSANDAR KEPADA EMAS. Nilai yang ada pada wang kertas tersebut hanyalah bersandarkan pada nombornya sahaja. Dan kini, matawang hanya bersandarkan kepada US dollar. Kebergantungan hanya kepada dolar Amerika (USD) sudah pasti membuka pintu manipulasi yang boleh membawa banyak keburukan.

Namun, mungkin juga ada hikmahnya terhadap apa yang telah berlaku. Umat Islam mula dapat merasakan keburukan sistem matawang yang bersandarkan kepada US dollar ini. Seolah-olah kita telah diperkotak-katikkan dengan sistem kewangan yang menggunakan wang kertas ini (tidak bersandarkan kepada emas).

Rentetan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad (mantan Perdana Menteri Malaysia) telah menyarankan agar masyarakat dunia amnya dan Asean khasnya untuk mencari jalan untuk melepaskan kebergantungan kepada mata wang US dollar dalam urusniaga. Beliau juga telah membuat saranan untuk merealisasikan penggunaan dinar emas di Malaysia. Oleh itu, wujudnya pelbagai usaha dari Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM), the Royal Mint of Malaysia (Royal Mint), Islamic Mint Sdn Bhd, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) dan beberapa lagi pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan yang lain dalam usaha untuk merealisisasikan usaha tersebut.

Oleh yang demikian, saya amat berharap agar kita semua dapat merealisasikan usaha tersebut iaitu penggunaan dinar emas sebagai matawang dan tidak lagi bergantung kepada US dollar. Cukup lah penindasan ekonomi yang telah berlaku sekitar tahun 1997 dahulu..

rujukan:

  1. Dinar Emas Realiti Semasa Penggunaannya di Malaysia, Salmy Edawati Yaacob, Ab. Mumin Ab Ghani, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
  2. Malaysia Sedia Kembalikan Kegemilangan Dinar Emas, Zuhaimy Ismail, Berita Harian, 29 Januari 2004

Sekian dari saya untuk masa ini..
Assalamualaikum..