Memaparkan catatan dengan label Permulaan Menyimpan Emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Permulaan Menyimpan Emas. Papar semua catatan

Selasa, 30 November 2010

Pengalaman Melabur

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan semua, doa saya kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan fizikal dan mental oleh Yang Maha Kaya Lagi Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Semoga apa yang kita perolehi mendapat keberkatan dariNya, Insyaallah....

Kali ini kita nak kongsikan berkaitan pengalaman saya yang rasanya dapat dikongsikan bersama tuan-tuan dan puan-puan semua. Pengalaman mencari sesuatu tempat untuk kita simpan atau laburkan wang kita agar kita memperolehi keuntungan atau penambahan nilai dari apa yang telah kita laburkan. Satu ketika ada orang berkata simpanan atau melabur dalam ASB memberi keuntungan dan terjamin, apa lagi saya pun melaburlah kat situ, sanggup buat potongan gaji kerana nak kan keuntungan lebih bila ada bank yang tawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB. Berapa dividen dan bonus yang diberikan oleh PNB untuk tahun-tahun kebelakangan ini, kalau siapa yang invest pasti tahukan....

Satu ketika saham negeri-negeri popular, semua negeri mengeluarkan saham amanah antaranya Amanah Saham Kedah, Amanah Saham Selangor, Amanah Saham Darul Iman, dan lain-lain lagi. Tapi apa yang berlaku pada saham amanah negeri tersebut, masa mula-mula lancar kita beli RM 1.00 seunit tapi kebelakangan ini berapa nilai saham tersebut seunit, ada yang tinggal puluhan sen sahaja. Senang cerita adakah anda untung atau sebaliknya dengan pelaburan tersebut. Terdapat penyusutan yang amat ketara sekali.

Lepas tu ada pulak mutual fund, keadaan sama juga berlaku bila mula invest ada sedikit kenaikan tetapi selepas itu keadaan menjadi sebaliknya.... siapa yang buat pelaburan kat situ pasti tahu.....


Last-last pada suatu hari saya diperkenalkan oleh seseorang dengan akaun simpanan emas, bila difikirkan memang benar harga emas selalunya naik, jadi saya ambil keputusan untuk membuka akaun simpanan emas Public Bank GIA, setelah sebulan memang ketara kenaikan demi kenaikan berlaku, jadi saya terus menyimpan dalam akaun ini.


Tapi setelah beberapa ketika saya pun selalu follow rekod harga emas dan cari bahan bacaan berkaitan emas, rujuk sejarah harga di kitco.com, jadi nampak jelas bahawa harga emas sememangnya ada turun naiknya tetapi yang menarik adalah kenaikan melebihi penurunan, kalau tak percaya anda boleh rujuk sendiri di http://www.kitco.com/ pasti anda tidak akan ragu-ragu untuk menyimpan emas pula selepas ini.


Jadi bermula dari situlah maka saya menukar cara pelaburan saya daripada fiat money atau wang kertas (cetak) kepada simpanan emas fizikal (emas bar & dinar ). Alhamdulillah usaha yang saya lakukan menampakkan hasil yang positif, tambahan pula sejak akhir-akhir ini banyak artikel di media arus perdana yang menyelitkan berita atau rencana berkenaan kelebihan emas.

Jadi tidak rugi menyimpan emas dan perak sebagai satu cara pelaburan kita untuk masa depan kerana emas dan perak ada kelebihan yang disebutkan oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu.....


ABU BAKAR IBN ABI MARYAM BERKATA BAHAWA BELIAU MENDENGAR RASULULLAH S.A.W BERSABDA : " AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG TINGGAL DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA, MAKA SIMPANLAH DINAR ( WANG EMAS) DAN DIRHAM ( WANG PERAK )"
- Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal


Terkadang kita perlu bertindak secara luar baisa daripada secara biasa-biasa yang telah kita lalui atau alami sejak sekian lama, kerana perubahan yang dilakukan itu akan membawa lebih kebaikan, berhijrah ke arah kejayaan....


Jika anda ingin mengetahui emas ini dengan lebih jelas atau ingin menyimpan emas, hubungi saya A Jalil Bin A Rahim di 013-4303160 atau e-melkan pertanyaan anda ke jrlilrahim@gmail.com. saya sedia membantu anda...... jumpa lagi.


Sekian, terima kasih
.

telukemas.blogspot.com

Rabu, 20 Oktober 2010

Bertindak pantas

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Apa khabar semua, diharap semuanya sihat dan sentiasa dimudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki olehNya.

Hari ini nak cerita mengenai harga emas yang menjunam kelmarin dari USD1,369.60/oz ke USD1,339.40/oz ha banyak tu turunnya , jadi kepada yang nak mula menyimpan ambil peluang ini, ingat peluang datang kadang-kadang je tidak selalu, jadi jangan biar ia terlepas begitu sahaja, di saat dia naik tinggi hingga USD1,380/oz.


Anda boleh nampak kan dalam beberapa hari ini harga menurun sedikit semenjak 15 Okt 2010 setelah ia meningkat hingga ke top price pada 14 Okt 2010, mari kita lihat graf untuk 60 hari yang lalu.....


Graf asyik menaik je dari 20 Ogos 2010 hari tu, jadi bila turun sedikit macam sekarang biasalah itu trend biasa harga emas, sebagai penyimpan masa-masa harga turun begini bagus untuk gunakan kaedah Ar-Rahnu untuk jana keuntungan.

Jadi buatlah keputusan terbaik untuk pelaburan atau simpanan aset anda kerana emas adalah aset terbaik anda. Kerana emas akan sentiasa meningkat harganya. Tanah dan rumah juga merupakan aset terbaik tetapi semestinya perlukan kesesuaian tempat untuk menjadikan ianya lebih bernilai, tetapi emas boleh dimulakan dengan nilai yang kecil mengikut keupayaan modal kita, kemudian boleh ditambah sedikit demi sedikit dan boleh dimanipulasikan disaat memerlukan kewangan.... betul tak kalau nak tahu lagi kenalah pergi dengar seminar emas yang mana tidak akan diperolehi ilmunya daripada tokey-tokey kedai emas yang kaya raya dimana kedai mereka tidak pernah tutup (kecuali hari perayaan/hari tertentu) walaupun tidak ada pelanggan yang datang beli.... tutup kedai tu bankrap lah maksud saya....hebatkan....

Bagi orang yang sudah lama simpan emas ni, harga rendah dia suka sebab boleh tambah jumlah simpanan, bila harga tinggi dia suka sebab kalau tak kerana untung jual pun emas simpanan tu dah tinggi nilainya kan kan kan.... kalau tak simpan tak tau nak cerita kalau dah ada baru tau apa perasaannya...

Ok, cukup rasanya celoteh kali ini, tahniah buat customer yang lock prize last night, Gold Bar 20gm dan 1 Dinar 2 keping, (nama dirahsiakan atas dasar keselamatan ), begitu juga dengan rakan setugas yang dah menambah dan mula menukar cara simpanan mereka dengan emas, masa yang tepat... nanti boleh tambah aset lagi ok...terima kasih kerana berurusan dengan telukemas.

Sekian wassalam.

telukemas.blogspot.com

Isnin, 30 Ogos 2010

Bagaimana Nak Mula???

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Disebabkan ramai yang call saya tanya macam mana nak mula? Macam mana nak beli emas ni? Jadi tidak jadi masalah..kat sini saya nak cerita sikit..

Sebenarnya senang saja..seperti yang anda semua maklum..harga emas ni sentiasa dalam trend menaik..walaupun ada kala harga jatuh adakala harga naik..tapi secara keseluruhannya..harga emas tetap dalam trend menaik..
cuba tengok graf kat bawah ni..untuk jangka masa 10 tahun..



Semua ni anda buleh rujuk dekat website http://www.kitco.com

Ok..dah tengok? ok sekarang pulak..saya nak bagi tau macam mana nak mula?

Anda semua buleh la rujuk web ni www.publicdinar.com untuk emas dinar, tak pun kalau ade yang berminat nak simpan emas bar (jongkong)bleh la rujuk www.publicgold.com.my

Harga terkini bagi Emas Public Gold, adalah seperti jadual dibawah.




Dibawah ini pula harga terkini Emas Public Dinar



Sebenarnya ramai juga yang tanya apa beza Emas Public Dinar(PD) dan Emas Public Gold(PG). PD dan PG adalah dibawah keluaran syarikat yang sama iatitu dari syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Public Gold.

Beza emas PG dan emas PD adalah ketulenannya

Emas PG ketulenannya adalah 999.9 atau kalau bahasa kampung tu emas 10 atau emas 24 karat, terdapat dalam bentuk;

  • 20 gram
  • 50 gram (bentuk Bar)
  • 50 gram (bentuk syiling/coin)
  • 100 gram
  • 1 kilogram
Emas PD ketulenannya adalah 916, atau juga digelar emas 22 karat terdapat dalam bentuk;

  • 1 Dinar
  • 5 Dinar
  • 10 Dinar


Kalau nak tengok rupa bentuk emas Bar Public Gold dan Dinar Public Dinar adalah seperti gambar di bawah ni..


Seronokkan kalau ada emas banyak tu... berminat tak? Emas tu milik anda bila anda dah beli nanti, anda juga akan dapat sijilnya sekali yang mengesahkan ketulenan emas tersebut.....menarikkan..

Selepas dah teliti harga kat web Public Gold.com.my atau Public Dinar.com tadi...
Anda boleh la call saya Jalil di 013-4303160 untuk lock harga tu.. sebab kalau tidak lock takut harga tu naik pulak bila nak beli nanti..

Kawasan2 yang boleh buat tempahan kat saya :

1. Sungai Petani dan sekitarnya
2. Baling dan sekitarnya
3. Kuala Muda, Gurun dan Daerah Yan

Kalau anda dari luar kawasan yang saya nyatakan diatas, juga boleh hubungi jika nak tahu dealer berhampiran anda, kerana saya sedia membantu anda....

Jadi jangan tunggu lama-lama..lock price sekarang..harga naik ke harga turun ke..anda pasti x rugi..nak tau kenapa?nanti saya ajar caranya ok ;)

ingat BELI EMAS, PASTIKAN ANDA DAPAT EMAS ..ini la pelaburan yang sebenar..

Perkongsian bersama dari Inspirasiemas.com