Selasa, 30 November 2010

Pengalaman Melabur

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan semua, doa saya kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan fizikal dan mental oleh Yang Maha Kaya Lagi Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Semoga apa yang kita perolehi mendapat keberkatan dariNya, Insyaallah....

Kali ini kita nak kongsikan berkaitan pengalaman saya yang rasanya dapat dikongsikan bersama tuan-tuan dan puan-puan semua. Pengalaman mencari sesuatu tempat untuk kita simpan atau laburkan wang kita agar kita memperolehi keuntungan atau penambahan nilai dari apa yang telah kita laburkan. Satu ketika ada orang berkata simpanan atau melabur dalam ASB memberi keuntungan dan terjamin, apa lagi saya pun melaburlah kat situ, sanggup buat potongan gaji kerana nak kan keuntungan lebih bila ada bank yang tawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB. Berapa dividen dan bonus yang diberikan oleh PNB untuk tahun-tahun kebelakangan ini, kalau siapa yang invest pasti tahukan....

Satu ketika saham negeri-negeri popular, semua negeri mengeluarkan saham amanah antaranya Amanah Saham Kedah, Amanah Saham Selangor, Amanah Saham Darul Iman, dan lain-lain lagi. Tapi apa yang berlaku pada saham amanah negeri tersebut, masa mula-mula lancar kita beli RM 1.00 seunit tapi kebelakangan ini berapa nilai saham tersebut seunit, ada yang tinggal puluhan sen sahaja. Senang cerita adakah anda untung atau sebaliknya dengan pelaburan tersebut. Terdapat penyusutan yang amat ketara sekali.

Lepas tu ada pulak mutual fund, keadaan sama juga berlaku bila mula invest ada sedikit kenaikan tetapi selepas itu keadaan menjadi sebaliknya.... siapa yang buat pelaburan kat situ pasti tahu.....


Last-last pada suatu hari saya diperkenalkan oleh seseorang dengan akaun simpanan emas, bila difikirkan memang benar harga emas selalunya naik, jadi saya ambil keputusan untuk membuka akaun simpanan emas Public Bank GIA, setelah sebulan memang ketara kenaikan demi kenaikan berlaku, jadi saya terus menyimpan dalam akaun ini.


Tapi setelah beberapa ketika saya pun selalu follow rekod harga emas dan cari bahan bacaan berkaitan emas, rujuk sejarah harga di kitco.com, jadi nampak jelas bahawa harga emas sememangnya ada turun naiknya tetapi yang menarik adalah kenaikan melebihi penurunan, kalau tak percaya anda boleh rujuk sendiri di http://www.kitco.com/ pasti anda tidak akan ragu-ragu untuk menyimpan emas pula selepas ini.


Jadi bermula dari situlah maka saya menukar cara pelaburan saya daripada fiat money atau wang kertas (cetak) kepada simpanan emas fizikal (emas bar & dinar ). Alhamdulillah usaha yang saya lakukan menampakkan hasil yang positif, tambahan pula sejak akhir-akhir ini banyak artikel di media arus perdana yang menyelitkan berita atau rencana berkenaan kelebihan emas.

Jadi tidak rugi menyimpan emas dan perak sebagai satu cara pelaburan kita untuk masa depan kerana emas dan perak ada kelebihan yang disebutkan oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu.....


ABU BAKAR IBN ABI MARYAM BERKATA BAHAWA BELIAU MENDENGAR RASULULLAH S.A.W BERSABDA : " AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG TINGGAL DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA, MAKA SIMPANLAH DINAR ( WANG EMAS) DAN DIRHAM ( WANG PERAK )"
- Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal


Terkadang kita perlu bertindak secara luar baisa daripada secara biasa-biasa yang telah kita lalui atau alami sejak sekian lama, kerana perubahan yang dilakukan itu akan membawa lebih kebaikan, berhijrah ke arah kejayaan....


Jika anda ingin mengetahui emas ini dengan lebih jelas atau ingin menyimpan emas, hubungi saya A Jalil Bin A Rahim di 013-4303160 atau e-melkan pertanyaan anda ke jrlilrahim@gmail.com. saya sedia membantu anda...... jumpa lagi.


Sekian, terima kasih
.

telukemas.blogspot.com

Selasa, 23 November 2010

Rencana - Kelebihan Emas

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Alhamdulillah dapat kita bertemu lagi, semoga kita semua dimurahkan rezeki, niat kita untuk menyimpan dengan cara yang tidak terlibat dengan riba mendapat keberkatan dariNya.

Kali ini saya nak berkongsi artikel yang dipetik dari Utusan Malaysia Online dalam ruangan rencana, iaitu apa kata orang yang sememangnya terkenal dan merupakan bekas Presiden BSKL ( Bursa Malaysia ), beliau adalah Dato' Salleh Majid.

Mari kita baca dan hayati apa yang beliau katakan.....


Elok melabur dalam bentuk emas

MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.

Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.

Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.

Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.

Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).

Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.

Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.

Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?

Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.

Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.

Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam "bentuk emas" walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.


Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.

Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Artikel dipetik daripada Arkib Utusan Malaysia Online (14/11/2009 ), Sekurang-kurangnya artikel ini dapat memberikan pengetahuan tambahan buat kita semua betapa pelaburan/simpanan dalam bentuk emas ini sesuatu yang baik untuk masa depan.

Sekian untuk kali ini, jika anda ingin menyimpan / membeli emas seperti didalam gambar anda boleh hubungi saya. Saya sedia membantu anda merealisasikan impian dan cita-cita anda.

Terima kasih.

telukemas.blogspot.com

* Gambar yang diletakkan dalam tulisan kali ini hanya sekadar hiasan.

Ahad, 21 November 2010

Harga Emas Akan Melonjak Lagi......

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua, harapan saya anda semua sentiasa dalam keadaan sihat, ceria disamping keluarga tersayang, rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat menjalani ibadah korban, semoga segala amalan yang kita lakukan akan diterima Allah SWT hendaknya...

Maaf saya pohon sekiranya ada kesalahan yang saya lakukan samada dalam penulisan mahupun perbuatan, juga tuturkata. Maaf jua kerana hampir 2 minggu saya tidak menulis artikel untuk tatapan anda..... kerana apa yang hendak saya tuliskan adalah sesuatu yang boleh memberi manfaat untuk tatapan anda pembaca yang saya hormati, bukan sesuatu yang hanya "syok sendiri" tanpa memberi apa-apa faedah untuk anda. Terima kasih kerana setia melayari blog saya.

Kali ini saya nak kongsi berkenaan artikel yang dipetik daripada Bernama.com dimana dalam masa 2 tahun akan datang harga emas mungkin melonjak hingga ke USD2,000/oz. Tidak mustahil perkara ini akan berlaku kerana baru-baru ini harga telah pun memecah rekod baru iaitu > USD1,420/oz.

gelang_emas

Harga Emas Mungkin Naik Kepada AS$2,000 Dalam Masa Dua Tahun Akan Datang, Kata Habib Jewels

CYBERJAYA, 9 Nov (Bernama) -- Harga emas mungkin naik sehingga AS$2,000 seaun pada masa dua tahun akan datang dengan asas yang kukuh, kata Pengarah Urusan Habib Jewels Datuk Meer Sadik Habib.

"Harga tentunya meningkat walaupun dalam jangka pendek, mungkin ada sedikit pelarasan," katanya pada taklimat media di sini Selasa.

Bagaimanapun Meer Sadik berkata bagi tempoh yang lebih lama, harga mungkin naik, antara lain disebabkan oleh kelemahan dolar Amerika.

"Jangka panjang adalah baik memandangkan AS mencetak wang yang banyak dan ini negatif kepada dolar AS, yang merupakan satu daripada alasan harga emas yang lebih tinggi," katanya.

Pada umumnya, Meer Sadik berkata, memandangkan asasnya kekal, permintaan bagi emas masih lebih tinggi berbanding bekalan, dengan itu memberi tekanan menaik terhadap harga.

"Baru-baru ini, kita juga melihat banyak pelabur meninjau untuk membeli emas dan barang kemas.

"Banyak negara menyimpan emas. Negara besar seperti India dan China menyimpan kira-kira US$2 trilion rizab emas," katanya.

Meer Sadik berkata beliau yakin harga, yang kini berlegar pada US$1,400, mungkin naik kepada US$1,750 pada tahun depan dan kepada US$2,000 dalam masa dua tahun akan datang.


-- BERNAMA

Mari kita lihat graf harga emas dalam tempoh 30 hari lalu untuk rujukan kita bersama..


Sekarang ayuh kita lihat pula graf harga emas 6 bulan yang lalu.

Walaupun dimana permulaannya harga emas tetap akan meningkat bukan, kalau anda berminat untuk menyimpan dalam bentuk emas, saya sedia membantu anda, call/sms saya insyaallah saya akan layani anda sebaik mungkin.

Bertemu lagi di lain masa, wassalam.

Terima kasih.

telukemas.blogspot.com.

Rabu, 10 November 2010

Dunia Perlukan Satu Sistem Kewangan Baru

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua, harapan saya anda semua dalam keadaan sihat, dipermudahkan segala urusan aktiviti harian anda, dan sentiasa dimurahkan rezeki dan mendapat hasil yang diberkati Allah SWT.

Hari ini nak berkongi artikel Utusan Malaysia Online berkenaan kelemahan nilai kewangan sekarang dimana ada sesetengah negara hanya mencetak wang mereka tanpa bersandarkan emas. Walaubagaimanapun Ringgit Malaysia dicetak dengan bersandarkan emas untuk kestabilannya. Dolar adalah antara matawang yang dicetak tanpa bersandarkan emas, jadi ini bermaksud ia boleh mencetak berapa saja yang mereka suka......

Dr. M ulas sistem kewangan baru

Dr. Mahathir Mohamad bersama Abdul Rahim Hamid (dua dari kiri) pada Kongres Akauntan Sedunia 2010 di Kuala Lumpur, semalam. - bernama


KUALA LUMPUR 10 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sistem kewangan baru perlu dirangka dan perlu bersandarkan kepada sesuatu yang mempunyai nilai sebenar umpamanya emas.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketiadaan bahan sandaran sama ada dalam bentuk emas, logam berharga atau mata wang asing akan mengurangkan kredibiliti mata wang berkenaan.

"Dolar Amerika Syarikat (AS) misalnya tidak mempunyai sandaran langsung tetapi mata wang negara- negara lain termasuklah Ringgit Malaysia (RM) disandarkan dengan emas atau apa yang dipanggil sebagai mata wang nyata dalam bentuk rizab," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama pada Kongres Akauntan Sedunia 2010 di sini hari ini. Hadir sama, Presiden Institut Akauntan Malaysia, Abdul Rahim Abdul Hamid.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, ketika semua orang tahu penyalahgunaan sistem perbankan telah menyebabkan krisis kewangan sebelum ini tetapi tiada siapa yang berusaha untuk menukar sistem sedia ada.

Katanya, pihak yang gembira dengan sistem sedia ada hanyalah peniaga mata wang yang mampu meraih keuntungan yang tinggi apabila mata wang menjadi tidak stabil.

"Bagaimanapun mereka ini tidak menyumbang apa-apa kepada kesejahteraan hidup orang lain, tiada pekerjaan, tiada barangan atau perkhidmatan dan tiada perniagaan yang menghasilkan sesuatu .

"Hakikatnya mereka berkembang maju di atas kesengsaraan orang lain dan kemuflisan individu, bank atau negara," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menyeru para akauntan supaya memainkan peranan positif dengan memberitahu golongan yang 'kaya' itu supaya menghentikan penyalahgunaan sistem.

Katanya, golongan kaya yang menyebabkan krisis akibat tindak-tanduk mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sekarang adalah miskin kerana mencetak wang tidak akan membuatkan mereka kaya semula.

Jadi kita perlu mencari kaedah bagaimana kita hendak mengekalkan dan menambah nilai aset kewangan kita untuk masa depan keluarga, salah satu caranya ialah dengan menyimpan emas. Jika berminat untuk memulakan simpanan emas hubungi saya untuk pembelian atau jika anda masih memerlukan penerangan, saya sedia membantu anda.

Sekian untuk kali ini, jumpa lagi di coretan akan datang, bye.....

Terima kasih....

telukemas.blogspot.com

Jumaat, 5 November 2010

BERITA BAIK !!!!!

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Tuan-tuan dan puan-puan semua,


PUBLIC GOLD
MENERUSKAN TAWARAN UNTUK MENJADI DEALER DENGAN PEMBELIAN APA JUGA BENTUK PRODUK PUBLIC GOLD BERJUMLAH RM 20,000. HEBATKAN....TAWARAN DILANJUTKAN HINGGA AKHIR TAHUN INI... JANGAN TUNGGU.. SEGERALAH
MENDAFTAR UNTUK MENJADI DEALER DENGAN TAWARAN TERSEBUT, DENGAN EMAS ANDA YANG BERNILAI RM20,000
ANDA JUGA BOLEH BERGELAR TOKEY EMAS....JIKA BERMINAT UNTUK BERBUAT DEMIKIAN CALL/SMS SAYA UNTUK SEBARANG BANTUAN.


Sekian untuk makluman.

Terima kasih,
telukemas,blogspot.com.

Khamis, 4 November 2010

Harga Emas Meningkat Lagi.......

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Apa khabar semua, harapan anda semua sihat sambil bersama-sama suami/isteri tercinta dan anak-anak tersayang, hari ni kan cuti Deepavali, depa raya kita joli hehehe cuti2 Malaysia la katakan.

Adakah anda sudah melihat senarai harga terbaru emas dan dinar dan perak di pasaran hari ini, nampaknya sekali lagi rekod harga tertinggi telah dipecahkan kalau sebelum ini harga tertinggi USD1381/oz tapi pada 04.11.2010 harga telah pun mencecah USD1392.90/0z, hebatkan..... pada mereka yang telah bertindak mereka telah merasai bagaimana kenaikan demi kenaikan berlaku, kepada yang masih teragak-agak untuk memulakan langkah pertama ayuh lakukan segera, saya jamin selepas langkah pertama anda, anda pasti tidak akan berundur lagi, percayalah dan yakinlah bahawa simpanan dalam bentuk emas dan perak akan memberi lebih keuntungan.

Graf 24 Jam dari kitco.com

Graf 30 Hari dari kitco.com

Dari gambarajah graf yang diperolehi dari kitco.com kita dapat melihat bagaimana harga emas meningkat dari semasa ke semasa biarpun terdapat turun naik tetapi kelebihan tetap berpihak kepada kenaikan, itulah kelebihan menyimpan emas.

Sekiranya anda tidak berminat dengan kilauan emas ada satu lagi logam istemewa yang tuhan jadikan untuk manusia, iaitu PERAK atau SILVER, dari graf yang saya selalu monitor ia juga merupakan logam yang kenaikannya mengikuti turun naik harga emas, mari kita lihat graf harga perak pula.

Graf 24 jam harga Perak/Silver

Public Silver

(Last updated 05/11/10 2:35 PM)

We SellWe Buy
250 gram RM 872.00 RM 741.00
500 gram RM 1744.00 RM 1482.00
1 kilogram RM 3488.00 RM 2965.00
Senarai harga Perak terkini

Jadi jika anda berminat untuk membuat simpanan dalam bentuk emas atau perak atau berminat dengan barangan kemas, anda boleh hubungi saya untuk tempahan.

Berubah ke arah simpanan yang bijak untuk masa depan anda dan keluarga anda. Semoga simpanan kita akan menjadi rezeki yang diberkati, Insyaallah....

Sekian, buat anda kali ini, terima kasih.

telukemas.blogspot.com

Isnin, 1 November 2010

' Dolar Seperti Tisu Tandas' - Dr. M

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Hari ini ada artikel menarik yang nak saya kongsikan dengan anda daripada seorang mantan PM yang pernah menyarankan kepada Dunia agar menggunakan Dinar Islam sebagai matawang alternatif bagi jualbeli peringkat antarabangsa.

Ayuh kita baca artikel tersebut sepenuhnya yang dipetik daripada Utusan Online.....

‘Dolar seperti tisu tandas’– Dr. M


TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Bekas Perdana Menteri


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

Sekian artikel untuk dikongsikan dengan anda semua.

Terima kasih.

telukemas.blogspot.com

Kenapa Perlu Simpan Emas....

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Apa khabar tuan2 dan puan2 semua, harapan saya semuanya sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera, diberikan kesenangan dan ketenangan, mendapat rezeki yang melimpah ruah dan yang paling penting semua itu mendapat keberkatan daripada pemberinya iaitu Allah SWT.

Lama juga saya tidak memberikan ilmu tambahan untuk anda semua, insyaallah kali ini kita diberikan kesempatan untuk bersua kembali dengan kelebihan emas yang adakalanya dipersoalkan kenapa ia menjadi pilihan kenapa tidak benda lain, contoh kereta BMW ke, Superbike ke kan yang mana benda tu semua memang mahal gile masa kita nak beli.


Saya dapat rasakan anda sendiri sudah dapat memberikan jawapannya kan iaitu susut nilai. Sesuatu benda yang hendak dijadikan ASET adalah benda yang sentiasa meningkat nilainya, buat masa ini benda apakah yang paling mudah dan pantas untuk kita dapatkan untuk dijadikan aset. Setengah orang berpendapat bangunan seperti rumah kedai, rumah, tanah adalah benda-benda yang boleh dijadikan aset kerana dalam jangka masa tertentu ia akan meningkat nilai. Sememangnya apa yang difikirkan itu benar ianya boleh meningkat nilai tapi fikirkan pula siapa yang mampu membeli rumah kedai, tanah/ladang dan siapa pula yang nak menjualnya kepada anda, dan adakah kawasan yang nak menjual aset itu anda suka. Banyak kerenahnya kan...


Ada satu benda istimewa yang Tuhan jadikan ini semua orang boleh memilikinya dan boleh didapati mengikut kemampuan masing-masing, kalau ada modal yang banyak boleh beli dalam kuantiti yang banyak, kalau modal sikit boleh beli dalam kuantiti yang kecil. kenaikan nilai tetap berlaku, baguskan.. aha itulah kelebihan emas.



Kalau anda ada banyak duit/wang dan simpan dalam bank, sebenarnya wang anda itu makin susut nilainya, tahu kenapa? Kalau nak tahu simpanan dalam bentuk fiat money (wang kertas ), ia akan mengurang, kenapa berkurang? Sebab dirompak atau disedut oleh INFLASI. Tahu apa itu inflasi, ahaaa..... inflasi mengikut kamus dewan bermaksud kemerosotan nilai wang disebabkan oleh kuantitinya yang terlalu banyak didalam pasaran. Tak percaya.....sesiapa yang pernah bersekolah dalam tahun 1980an, berapa sehari ibubapa beri untuk wang saku sekolah. Kalau dihantar, rasanya 50 sen je dah boleh beli makanan dan minuman. Kalau lebih anak orang berada la tu, Ok hari ini sesiapa yang ada anak pula berapa anda beri untuk belanja sekolah sudah tentu antara RM2 - RM5 kan, betul tak?

Kuasa beli dinar emas dan 1400 tahun lalu dan sekarang.

dinar_emas
Dinar emas – mengekalkan kuasa beli sejak 1400 tahun lalu.

Itu baru berapa puluh tahun, nilai wang semakin mengecil, ahaa mari kita lihat pula kenapa emas wajar kita jadikan ASET, kerana nilainya semakin bertambah. Zaman Nabi 1 Dinar boleh beli seekor kambing hari ini dengan 1 Dinar anda juga boleh beli seekor kambing. Itulah kelebihan emas. Walaupun dari zaman Nabi hingga zaman sekarang nilai emas yang beratnya 4.25 untuk 1 Dinar masih sama hingga kini. Emas tidak menyusut kuasa belinya berbanding wang kertas. Jadi kenapa masih menyimpan dalam bentuk yang menyusut sedangkan ada simpanan alternatif ini yang memberikan lebih keuntungan.

kambing_1_dinar

1 Dinar untuk seekor kambing – pilihlah yang mana satu idaman hati

Berubah ke arah keuntungan ekonomi anda dan keluarga, jika berminat untuk menjadikan emas sebagai simpanan saya sedia membantu anda. Insyaallah.... sekian dulu.

Terima kasih.

telukemas.blogspot.com