Selasa, 4 Oktober 2011

Nak Pilih Emas Yang Mana Satu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua, dah lama tak menulis untuk bacaan anda semua. Kali ini saya nak kongsikan tulisan MD saya dari inspirasiemas.com. Ada juga yang selalu tanya saya nak beli emas yang mana satu, pening tak tahu nak buat pilihan. Jadi jom kita baca kot-kot ianya dapat memberi idea kepada kita untuk membuat tempahan emas nanti....

Emas Public Gold

Banyak customer yang call saya akan tanya,

nak beli emas yang mana cik amir? yang mana bagus ye?

emas petak (gold bar/jongkong) ke emas bulat-bulat (syiling dinar)???

Ok, soklan ni memang antara soklan hot dari customer2 dan bakal2 agen baru..baik, jom kita tgk harga emas kat bawah ni ha..

ok dah tengok kan harga emas kat atas ni ha? Jom kita tengok perbezaan harga jual dan beli bagi setiap emas tersebut.

Bagi emas 10gram
RM1679.00 (harga beli emas dari PG/Agent) – RM1545.00 (harga jual balik kepada PG/agent)
=RM134 (8%)
Bagi emas 20gram
RM3326.00 – RM3126
=RM200 (6%)
Bagi emas 50gram
RM8,277.00 – RM7,822.00
=RM455 (5.5%)
Bagi emas 100gram
RM16,477.00 -RM15653.00
=RM824 (5%)

Kalau kita tengok dari segi spread (perbezaan harga beli dan harga jual balik), lagi besar ataupon lagi berat emas tersebut maka lagi rendah la spreadnya..

Nampak menarik kan? Beli emas bersaiz besar, akan untung cepat sikit la maksudnya.

Tapi, tak semua orang mampu memiliki emas yang bersaiz besar. Ok bagi mereka yang suka emas yang bersaiz kecil ni pula, anda sebenarnya boleh juga mendapat untung dari segi penyimpanan emas ni. Nak tau macam mana?

Teknik jual balik secara ansur-ansur

Sebenarnya teknik ni ada dalam artikel saya yg lepas. Tapi takpa, mai nak cerita balik.

Katakan saya ada emas 1 Dinar sebanyak 30 keping yang nilainya RM20,000.00 (Modal awal saya)

iaitu lebih kurang RM670 sekeping 1 dinar.

Kemudian, selepas 1 tahun saya simpan, emas saya naik sebanyak 25% (RM5000.00)

Maka, nilai emas saya ni akan jadi RM25,000.00

iaitu lebih kurang RM840.00 (25%)

Jadi, apa yang saya buat, untuk ambil untuk RM5000.00 tu saya akan jualkan emas saya sebanyak 5-6 keping 1 dinar

Katakan saya jual 6 keping 1 dinar = RM840 x 6pcs = RM5040.00

Kalau saya jual 6 keping emas 1 dinar tadi, emas saya akan berkurang. Sekarang dah tinggal 24keping. Tapi kawan2, walaupun bilangan emas tadi dah menyusut..dari 30keping 1 dinar dah jadi 24keping 1 dinar, nilai emas 24 keping 1 dinar tu masih lagi lebih kurang RM20k :) betul tak?? sebabnya, kita just jual 6keping 1 dinar yang nilainya lebih kurang RM5k tu (untung kita selepas kenaikan harga emas sebanyak 25%)

Pendek kata, kita cuma ambik untung saje..modal permulaan 20k masih ade. kalau kita jual lagi 24keping tu, kita dapat la 20k betul tak?hehehe..harap2 paham la ye..

Tapi, kalau kita ade 3 keping 10 dinar? agak susah la nak guna teknik diatas betul tak? oleh yang demikian, ada kelebihan dan kelemahan la kalau nak beli emas yang bersaiz besar ni.

Baiknya adalah spreadnya rendah. Kelemahanya, tak brapa boleh nak guna teknik diatas. Melainkan kalau dia ade berkeping2 emas 10dinar tu..

**kenaikkan harga emas 25% tu tak dijanjikan, saya hanya bercerita berdasarkan kenaikkan harga emas tahun2 sebelum ni :)


Kalau ditanya emas petak ke emas bulat2 yang bagus?

Semua ni sebenarnya bergantung kepada individu, ada yang suka emas petak-petak. Ade setengah orang x suka yang petak, dia suka yang bulat–bulat. Mata orang yang tengok ni berbeza-beza.

Tapi kalau dari segi ketulenan, emas 999 lebih tulen [emas petak-petak tu...], lebih lembut :)

Emas bulat-bulat tu (syiling dinar) adalah emas dengan ketulenan 91.6% ataupon orang panggel emas 916. Kebanyakkan barang kemas (rantai ke gelang ke cincin ke) guna emas 916.

p/s: graf harga emas tu nampak macam tengah turun je? Haa..untuk maklumat, time macam ni la paling sesuai nak beli emas. Sebab?? Sebab, harga emas sebelum ni dah mahal..semua orang cakap mahal kan? So time harga emas jatuh ni la kita sepatutnya cakap

“wah murahnya harga emas!!! hehehe…”

Tapi yang bestnya, bila harga emas tengah murah cam sekarang ni, sebab tengok graf tengah jatuh sket;

“Macam mana kalau lepas beli, harga emas jatuh lagi?”

ok, kalau emas jatuh lagi, kalau ade duit beli lagi. Kemudian boleh gunakan teknik pemurataan harga.

takpon antara soklan yang agak hot lagi,

“bila harga emas nak jatuh cik amir? saya igt nak beli emas ni..”

hurm, kalau tanya saya soklan ni memang agak sukar untuk saya jawab, tapi adalah lebih baik kita buat keputusan segera iaitu dengan membeli emas bila ade je duit..sebab??sebabnya, nak tunggu harga emas turun, kita taktau bila dia nak turun, tapi nak tunggu harga emas naik??memang kita dok tau dah, emas memang naik harga :)

Jadi, berfikirlah secara bijak. Bertindak sekarang..Kena beli dulu seketul sekurang2nya, kemudian baru boleh rasa apa yang saya rasa sekarang :) Rasakan Aura Emas…

Sekian, Assalamualaikum

Jadi dah nampak gambaran untuk pembelian emas anda. Jadi hubungi saja kami, kerana kami sedia merealisasikan impian mengurangkan inflasi dalam kehidupan kita.

Sekian terima kasih, jumpa lagi di lain artikel.

telukemas.blogspot.com/

Kongsi dari : inspirasiemas.com/

0 comments:

Catat Ulasan