Selasa, 31 Mei 2011

Ayuh Kita Simpan Emas Dan Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? Doa saya anda semua sihat dalam menjalani ibadah seharian, ampun maaf dipohon kerana lama tidak membawa artikel atau coretan baru untuk tatapan anda semua, bagi saya nak meletakkan artikel atau nak bingkiskan coretan ni bukannya mudah kerana bukan artikel atau coretan suka2 yang kita nak highlightkan, bagi saya ketepatan fakta dalah penting. Rasaya anda semua juga ingin membaca artikel yang benar dan berisi kan, jadi maaf lah kalau ianya jarang2 dapat keluar.

Apa pun kali ini nak bawakan artikel dari Utusan Malaysia yang menunjukkan bahawa logam istimewa kurniaan Allah untuk hambanya semakin mendapat tempat di hati bagi mereka2 yang matang dalam pemikiran mereka, dan menghargai akan kelebihan logam pemberianNya. Tidak hanya bergantung pada sekeping kertas yang dicetak nilai berapa yang dikehendaki, betul atau tidak terletak pada kematangan anda....ayuh kita baca apa artikel tu ceritakan....

Selepas emas, warga India kejar perak pula


SEORANG peniaga perak menimbang barangan kemas yang diperbuat daripada logam itu di Ahmedabad, India. Peningkatan harga perak menyaksikan barangan yang diperbuat daripada logam tersebut dikitar semula untuk ditukarkan dalam bentuk jongkong bagi memudahkan ia diniagakan. - REUTER


NEW DELHI 30 Mei - India, pengguna emas terbesar dunia, kini giat menyimpan perak untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi daripada kenaikan harga berbanding emas.

Permintaan bagi perak yang kini diniagakan pada kira-kira 58,500 rupee sekilogram (RM4,034), melonjak di seluruh India apabila jualan mencecah 600 tan metrik hingga April, sedangkan jumlah penggunaan tahun lepas hanya 2,800 tan metrik.

Di bandar-bandar utama India, emas diniagakan pada kira-kira 22,820 rupee (RM1,574) bagi setiap 10 gram.

"Harga emas terlalu tinggi, jadi orang lebih banyak membeli perak kerana ia lebih murah dan kadar peningkatannya lebih tinggi. Mereka beralih kepada perak bagi tujuan pelaburan.

"Jika monsun baik, permintaan bagi perak tahun ini dengan mudah boleh mencecah 3,500 hingga 4,000 tan metrik," kata Presiden Persatuan Jongkong Bombay, Prithviraj Saremal Kothari kepada Bernama.

India mengimport hampir 800 tan metrik emas setahun dan 3,000 tan metrik perak bagi menampung penggunaan tempatan. Tetapi, emas, yang dianggap sebagai barangan yang membawa tuah di kalangan isi rumah India, masih menikmati permintaan tinggi.

Selepas musim panas yang sangat terik, petani-petani India menunggu musim monsun tiba, yang boleh menghasilkan tuaian yang lebih baik sekali gus menghasilkan lebih banyak wang bagi mereka.

Yang menariknya, sebahagian besar penduduk pedalaman India merupakan pembeli perak terbesar.

"Sebanyak 75 peratus penduduk pedalaman India membeli perak, jadi, permintaan bagi masa akan datang bergantung kepada monsun," kata Kothari.

Seperti pada masa-masa lalu, permintaan dijangka muncul dari kawasan pedalaman India, yang merupakan tempat tinggal 65 peratus daripada penduduk India dan kebanyakan mereka melabur dalam barang kemas.

"Pendapatan di kawasan pedalaman India telah meningkat disebabkan hasil daripada musim monsun yang baik, pengeluaran lebih tinggi dan disebabkan oleh skim-skim guna tenaga kerajaan. Monsun kali ini dijangka lebih baik," kata Anjani Sinha, Ketua Pegawai Eksekutif National Spot Exchange Ltd. yang berpangkalan di Mumbai.

Golongan pertengahan India yang semakin ramai memasuki pasaran perak dan pelancaran e-perak yang memperkenal penjualan dan pembelian dalam talian, terus mencetuskan permintaan bagi logam itu. - BERNAMA

Logam ini mula mendapat tempat kerana ianya bakal menjadi matawang sepertimana zaman dahulu masyarakat Islam menggunakan Dinar ( Wang Emas) & Dirham ( Wang Perak ), kini ada sebuah negeri di USA mengeluarkan Dirhamnya juga ( Silver Coin ).

Jadi kenapa kita tidak berusaha menukar cara simpanan kita daripada fiat money kepada dinar dan dirham atau dalam erti kata lainnya Emas & Perak.

Kalau anda ingin menyimpan dalam bentuk emas dan perak, hubungi saya untuk tempahan dan jika ingin turut sama menjadi dealer, anda dialu2kan.

Sekian untuk kali ini, hingga ketemu lagi di lain coretan. Terima kasih

telukemas.blogspot.com/